Hang Tuah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master of Books (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Hang Tuah''' ialah seorang pahlawan legenda berbangsa [[Melayu]] pada masa pemerintahan Sultan [[Melaka]] di [[abad ke-15]](Kerajaan Melaka bermula pada 1400-1511 A.D). Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampong Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah [[Laksamana]] yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.
 
 
Pada masa mudanya, Hang Tuah beserta empat teman seperjuangannya, [[Hang Jebat]], [[Hang Kasturi]], [[Hang Lekir]], dan [[Hang Lekiu]] membunuh sekelompok orang mengamuk di desa yang didiami oleh Bendahara Melaka. Bendahara (sedarjat dengan [[Perdana Menteri]] dalam sistem pemerintahan sekarang) daripada [[Melaka]] mengetahui kehebatan mereka dan mengambil mereka untuk bertugas di [[istana]].
Hang Tuah dan empat orang kawannya: [[Hang Jebat]], [[Hang Kasturi]], [[Hang Lekir]] dan [[Hang Lekiu]] menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Hang Tuah telah jatuh cinta pada Melor, anak orang asli yang tinggal di Gunung Ledang dan menjadi pembantu Adiputra. Selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.
 
 
Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di [[istana]].
 
 
Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke [[Majapahit]] di tanah [[Jawa]], Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama [[Taming Sari]]. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.
 
 
Tidak lama selepas itu Hang Tuah telah difitnah berzina dengan seorang gundik Sultan. [[Sultan Mahmud Shah]] secara gopoh memerintahkan hukuman mati ke atas Laksamana Hang Tuah. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
 
[[Imej:Makamht.jpg|thumb|280px|left|Makam Hang Tuah di Tanjung Kling, Melaka]]