Perbezaan antara semakan "Tun Perak"

Saiz tidak berubah ,  13 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
}}
 
'''Tun Perak''' (mautmati: [[1498]]) ialah [[Bendahara]] [[Melaka]] kelima yang termasyhur. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka Raja" dalam [[Kesultanan Melayu Melaka]] adalah setanding dengan [[Perdana Menteri]] moden. Tun Perak, bersama-sama dengan [[Aria Gajah Mada]] dari [[Majapahit]], dan [[Raja Kenayan]] dari [[Pasai]], telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang teragung di alam [[Melayu]] pada [[abad ke-15]].
 
 
Pada awal hidupnya, Tun Perak merupakan seorang [[pahlawan]] di bawah pemerintahan Sultan Melaka. Setelah menewaskan percubaan [[Thailand|Siam]] untuk menakluk Melaka pada tahun [[1446]], beliau dilantik sebagai Bendahara pada tahun [[1456]] ketika kematian [[Tun Ali Seri]] Nara Diraja, Bendahara ke-empat.
 
 
Tun Perak berkhidmat sebagai Bendahara di bawah empat sultan dari 1456 hingga 1498. Di bawah pentadbiran Tun Perak, Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi [[politik]], sosial, dan [[ekonomi]]nya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari [[China]], [[India]], [[Timur Tengah]], serta negara-negara berjiran.
==Perang dengan Siam==
Kesejahteraan Melaka menarik kuasa-kuasa asing seperti [[Thailand|Siam]] untuk menakluk Melaka. Percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun [[1446]] dan [[1456]] dijatuhkan oleh Tun Perak. Perhubungan Melaka dengan China adalah hasil keputusan strategik Melaka untuk menghalang kemasukan Siam.
 
 
Menurut sejarah, ketika kapal-kapal perang Siam datang untuk menyerang Melaka, Tun Perak mengarahkan supaya obor dilekatkan kepada kayu dan dibakar. [[Tentera]] Siam yang melihat kejadian ini menyangka askar-[[askar]] Melaka terlalu banyak lalu mereka kembali ke [[Siam]].
 
 
Sebelum itu Tun Perak pernah mengalahkan tentera Siam di Pahang apabila pihak istana minta bantuannya selaku Penghulu Klang. Untuk memotivasikan para pejuang, Tun Perak mengambil langkah membawa kaum keluarga pejuang sekali menuju medan tempur.
 
 
Tun Perak meninggal dunia pada tahun [[1498]] dan diwarisi oleh [[Tun Mutahir]].
Pengguna awanama