Juvana (filem): Perbezaan antara semakan

4,944 bait ditambah ,  9 tahun lalu
k
'''Juvana ''' merupakan sebuah filem genre aksi yang ditayangkan pada 24 Januari 2013 di [[Malaysia]]. Filem ini merupakan kesinambungan siri [[Juvana]] yang pernah ditayangkan dalam televisyen, yang pernah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik [[Anugerah Skrin 2011|ASK 2011]]. Filem ini turut mengekalkan barisan pelakon dari siri televisyennya, seperti Zahiril Adzim, Johan As'ari dan beberapa muka baru seperti Sharnaaz Ahmad sebagai Lan Todak.
==Plot==
Cerita bermula selepas kejadian rusuhan pelajar di Sekolah Wira Bakti, dimana kerja-kerja pembersihan dilakukan pihak berkuasa. Pelajar-pelajar yang tinggal di sekolah itu di hantar ke sekolah baru, dimana mereka akan meneruskan sesi penahanan mereka di sekolah baru. Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Komeng dihantar menaiki lori polis ke sekolah yang telah di tetapkan, iaitu Sekolah Indera Sakti. Turut disertakan sekali, Botak, pelajar yang telah dituduh mencetuskan huru-hara di Sekolah Wira Bakti.
 
Pada masa yang sama, Daim, pelajar yang telah dibebaskan, meneruskan pembelajarannya di sekolah yang baru. daim bakal menghadapi SPM tidak lama lagi, namkun tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik hasil sokongan Pengetua. Pada masa yang sama, Daim turut dibelnggu masalah buli disekolah baru. Daim berjumpa kawan baru, iaitu Sara.
 
Botak terpaksa menerima keadaan di tempat baru, dengan berkawan rapat dengan Apek. dalam mereka cuba meengadaptasi tempat baru, mereka dipertemukan dengan ``''kepala''" kawasan itu, Lan Todak. Mereka cuba mengelak daripada melakukan kesilapan sama, dengan berbuat baik dengan setiap penghuni sekolah baru tersebut.
 
Daim yang kini telah dibebaskan, terpaksa melakukan dua kerja, iaitu sebagai pelajar, dan pekerja syarikat pembinaan, kepunyaan seorang tauke cina. Namun, kehidupan daim tidak semudah yang disangka. Kehadiran pelajar yang kurang berdisiplin mengganggu kehidupan Daim. Kehadiran Sara sedikit sebanyak mengubah kesengsaraan yang dialaminya.
 
Keadaan di dalam Sekolah Indera Sakti tidak mudah buat Apek dan rakan-rakannya. Apek dan Kicap sempat menemui ibunya dan keluarganya sewaktu sesi lawatan keluarga. Kicap yang bakal keluar tidak lama lagi dapat dihidu oleh geng Lan Todak. Pada waktu tersebut, Apek risaukan keadaan ibunya yang sedang sakit. Lalu, Lan Todak bersama Jamal dan rakan-rakan yang lain cuba mencipta huru-hara bagi melambatkan lagi tempoh Kicap di sekolah tersebut. Pergaduhan tercetus dan akhirnya mereka yang terlibat diletakkan dalam tahanan. Apek merayu supaya beliau dilonggarkan berikutan ingin melihat ibunya sakit. Namun, tidak diendahkan kerana tidak ada sesiapa yang teerlibat dalam pergaduhan tersebut ingin membuka mulut tentang pergaduhan itu. Takdir menentukan, Apek tidak sempat melihat ibunya kerana pada malam tersebut, ibunya meninggal dunia.
 
Situasi tersebut membuatkan Apek dalam keadaan tidak tentu hala. Botak, yang meninginkan kembali zaman beliau, telah mengapikan Apek supaya memukul Lan Todak. Peluang tiba buat Apek, apabila Lan Todak ingin mandi. Lalu, Apek melunaskan segalanya. Mereka yang terlibat didenda. Botak yang begitu berpuas hati dipanggil oleh Warden Tuan Ali untuk memberi pengajaran buat beliau, terus menghilangkan kekejaman yang selama ini merajai jiwa Botak sejak dulu lagi. Insiden tersebut turut merubah kelakuan Apek, yang kini mengambil alih kelakuan Botak.
 
Daim mengambil keputusan untuk berhenti sekolah, berikutan pembongkaran kisah silam beliau oleh pelajar yang tidak bertanggung-jawab. Kes Daim tersebut turut mengguris hati Sara, lalu Sara mulai meniggalkannya. Namun, dorongan Pengetua memberikan kekuatan buat Daim untuk terus belajar disana. Kejadian sebenar dijelaskan oleh Daim sendiri, dan akhirnya diterima oleh semua orang termasuklah Sara. Mereka bejumpa di surau selepas sekolah. Namun mereka diserang oleh budak-budak tidak berdisiplin itu, sehingga menyebabkan mereka dihantar ke hospital.
 
Di Sekolah Indera Sakti, Botak, sedikit demi sedikit berubah kearah kebaikan. Namun, perubahan tersebut tidak disenangi Apek, yang menginginkan beliau kembali seperti dulu. Namun, Botak atas sokongan Panjang dan Komeng, tetap ingin berubah. Ayam kini menjadi orang kanan Apek.
 
Ketika dihospital, Kicap terserempak dengan Daim, lalu menceritakan keadaan di sekolah baru itu. Keadaan yang kurang baik itu menyebabkan Daim mengambil keputusan untuk melawat mereka. MAsanya tiba, Daim dapat melawat sahabat-sahabatnya. Namun, kejadian yang tidak diingini berlaku. Lan Todak memimpin gerakan rusuhan di sekolah tersebut, sambil melaungkan nama Botak, berikutan sejarah beliau di Sekolah Wira Bakti. Para pelawat diletakkan dalam kawalan rapi, sementara Apek dan kawan-kawan pergi melihat keadaan yang berlaku. Mereka yang pernah melalui situasi seperti itu, telah membawa keluar para pelawat dari kawasan tersebut.
 
Apek yang pertama menemui Lan Todak. Berlaku pertarungan antara mereka sehinggalah Daim sampai untuk menyelamatkan Apek. Botak tiba untuk melakukan perhitungan denga Lan Todak. Botak cuba memberi nasihat, namun tidak diendahkan oleh Lan Todak. Berlakukan pergaduhan antara mereka sehingga mencederakan Botak. Belum sempat Lan Todak ingin menamatkan hidup Botak, Warden Tuan Ali tiba dan menangkap Lan Todak.
 
Mereka yang terlibat dihukum dan pelajar-pelajar Wira Bakti dikurangkan atas jasa mereka semasa situasi tersebut. Pada babak akhir, mereka ditegur oleh Warden Encik Raja ([[Bront Palarae]])
 
==Pelakon==
===Watak Sekolah Wira Bakti===
1,949

suntingan