Fate/hollow ataraxia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 28:
Pada masa itu, [[Shirō Emiya]] hidup dengan tenang bersama-sama rakan-rakannya. Selepas eksperimen Bazett menukar kejadian dan masa, [[Rin Tōsaka]] lekas meninggalkan tempat tinggalnya dan menuju ke Persatuan Ahli Sihir di [[England]] untuk membetulkan kembali keadaan. Para ''Servant'' kemudiannya mengesan sesuatu apabila lembaga dan makhluk hitam mula muncul. Untuk mengambil langkah-langkah keselamatan, Shirō telah meninggalkan yang lain-lain seorang diri dan kemudian kian berjumpa dengan seorang perempuan penuh misteri bernama [[Caren Ortensia]].
 
Bazett dan Shirō terperangkap dalam sebuah gelung masa yang berterusan selama empat hari, bermula daripada hari keempat perang ''Holy Grail'' yang kelima. SetipaSetiap kali mereka terbunuh atau terselamarterselamat selama empat hari, mereka akan selalu bangkit semula pada hari pertama gelung masa itu berlaku, dan masih menyedari akan perkara-perkara yang menimpa mereka sebelum mereka terjaga. Dengan hasrat kuat untuk menghentikan gegelung masa yang memaksa mereka mengulangi hari-hari peperangan itu, Bazett, Avenger dan Shirō bertekad untuk bertarung demi mencari kebenaran disebalik misteri yang menimpa mereka itu.
 
== Watak-watak ==