Gauco: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Seorang '''gaucho''' adalah seorang pengembala [[lembu]] di [[Amerika Selatan]], bersamaan dengan kaum "[[koboi]]" di [[Amerika Utara]]. diGaucho boleh didapati di [[Argentina]], [[Uruguay]], [[Paraguay]] dan [[Brazil]] Selatan (bersamaan ejaan "gaúcho"). Seperti perkataan ''cowboy''koboi, ataupun perkataan Mexico ''[[vaquero]]'', perkataan ini lebih menggambarkan [[Abad ke-19]] daripada zaman sekarang.
 
Terdapat beberapa teori bercanggah mengenai asal usulnya perkataan gaucho ini. Ia mungkin berasal daripada [[bahasa Quechua]] "huachu" (anak yatim, pengemis) ataupun daripada [[Bahasa Arab]] "chaucho" (sejenis [[cemeti]] yang digunakan untuk mengembala binatang). Disamping itu terdapat banyak lagi hipotesis yang berkaitan dengan asal usul nama tersebut. Penggunaan terma ini bermula sejak [[kemerdekaan]] [[Argentina]] lagi iaitu pada tahun 1816.
 
Lazimnya kaum Gaucho hidup secara [[nomad]] dan tinggal di kawasan [[pampas]], iaitu dataran dari [[Patagonia]], bersempadan dibarat dengan banjaran [[Andes]] hingga ke utara wilayah [[Rio Grande do Sul]] di [[Brazil]]. Kebanyakan gaucho berasal sama ada dari bangsa ''criollo'' (rakyat Amerika Selatan yang berdarah Sepanyol) atau ''mestizo'' (campuran Sepanyol dan kaum asli), tetapi terma ini termasuk juga berdarah [[Eropah]], [[Afrika]], atau berdarah campur.