Gauco: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Terdapat beberapa teori bercanggah mengenai asal usulnya perkataan gaucho ini. Ia mungkin berasal dari [[bahasa Quechua]] "huachu" (anak yatim, pengemis) ataupun dari [[Bahasa Arab]] "chaucho" (sejenis [[cemeti]] yang digunakan untuk mengembala binatang). Disamping itu terdapat banyak lagi hipotesis yang berkaitan dengan asal usul nama tersebut. Penggunaan terma ini bermula sejak [[kemerdekaan]] [[Argentina]] lagi iaitu pada tahun 1816.
 
Lazimnya kaum Gaucho hidup secara [[nomad]] dan tinggal di kawasan [[pampas]], iaitu dataran dari [[Patagonia]], bersempadan di barat dengan banjaran [[Andes]] hingga ke utara wilayah [[Rio Grande do Sul]] di [[Brazil]]. Kebanyakan gaucho berasal sama ada dari bangsa ''[[criollo]]'' (rakyat Amerika Selatan yang berdarah Sepanyol) atau ''[[mestizo]]'' (campuran Sepanyol dan kaum asli), tetapi terma ini termasuk juga berdarah [[Eropah]], [[Afrika]], atau berdarah campur.
 
Kaum gaucho merupakan simbol [[nasionalisme]] yang utama di rantau ini, terutamanya di [[Argentina]]. Puisi epik bertajuk ''[[Martin Fierro|Martín Fierro]]'' hasil nukilan [[Jose Hernandez|José Hernández]] menggambarkan gaucho sebagai simbol tradisi kebangsaan Argentina, yang jauh lebih mulia berbanding kaum Eropah yang penuh dengan [[korupsi]]. Martín Fierro, wira dalam puisi tersebut, telah direkrut sebagai tentera Argentina untuk berperang tetapi sebagai seorang gaucho yang berpendirian sendiri dia akhirnya menjadi seorang pelarian. Imej kaum gaucho yang bebas sering dibandingkan dengan [[hamba abdi]] yang bekerja di kawasan utara Brazil. Deskripsi yang lain boleh ditemui dalam [[Ricardo Güiraldes]]' ''Don Segundo Sombra'' dan ''Los gauchos judíos'', oleh [[Alberto Gerchunoff]], perihal penyesuaian pendatang [[Yahudi]] dengan kehidupan di pendalaman Argentina.