Novel visual: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
 
Dalam budaya Jepun, suatu perbezaan sering dibuat di antara novel visual benar (singkatannya 'NVL') dan permainan video pengembaraan (singkatannya 'AVG' atau 'ADV'): perbezaan utamanya terletak di atas elemen persembahan teks-teks sesuatu judul itu, yang melapisi imej-imej dalam novel visual, dan dilindungi sebuah kotak di bahagian bawah skrin. Perbezaan ini selalunya tidak diikuti dalam Inggeris, di mana permainan video pengembaraan adalah genre yang jauh berbeza.
 
Novel-novel visual dan ADV mempunyai popularity luas terutamanya di Jepun, di mana hampir 70% permainan komputer tergolong dalam genre ini. Judul-judul yang dikeluarkan jarang mendapat keluaran untuk sistem konsol, tetapi judul-judul yang lebih popular seringkali mendapat kedudukan mereka di konsol seperti [[Sega Dreamcast]] atau [[PlayStation 2]]. Pasaran untuk judul-judul novel visual tidak mendapat sambutan di luar Jepun.
 
== Kaedah Permainan ==
 
Novel visual berbeza daripada genre-genre lain oleh kaedah permainannya yang singkat. Secara lazimnya para pemain hanya akan menekan butang pada ''mouse'' mereka sembil membaca dialog ataupun teks-teks yang terpapar di skrin komputer, ataupun melihat bahan grafik latarbelakang ataupun perubahan muzik dan bunyinya.
 
Kebanyakan novel-novel visual mempunyai beberapa jalan cerita dan beberapa pengakhiran; ini adalah ditentukan para pemain sendiri apabila mereka diberi pilihan untuk menentukan arah jalan cerita tersebut. Jenis permainan sebegini pernah dibandingkan dengan buku-buku pengembaraan di mana pembaca menentukan pilihan untuk menggerakkan plot buku tersebut. Kebanyakan peminat menikmati kaedah permainan seperti ini atas sebab teknik penceritaan yang menarik, walaupun faktor ini selalu dikritik.
 
Sesetengah novel visual bukan setakat "mengklik butang ''mouse''" sahaja, tetapi merangkumi aspek interaksi yang berbeza, contohnya seperti [[Symphonic Rain]], di mana para pemain diminta untuk memainkan sejenis alat muzik dan mendapat markah yang baik untuk meneruskan permainan. Aktiviti sebegini selalunya berhubung dengan pakatan plot permainan komputer tersebut, dan perlu dilakukan demi meneruskan permainan.
 
Sesetengah judul pendek tidak mempunyai perhentian pilihan sama sekali. Kebanyakan judul dalam kes ini tergolong daripada [[doujinshi|ciptaan peminat]]. Permainan komputer novel ciptaan peminat sebenarnya agak popular; terdapat beberapa enjin-enjin permainan video dan alat pembinaan khas untuk ciptaan yang lebih mudah, antaranya [[NScripter]], [[KiriKiri]] dan [[Ren'Py]][http://www.renpy.org].
 
Kebanyakan novel-novel visual menggunakan [[Seiyū|pelakon-pelakon suara latar]] untuk melakonkan watak-watak dalam permainan komputer mereka. Kadang-kala watak [[protagonis]] tidak bersuara walaupun watak-watak lain mempunyai alihan suara.