Bel kanto: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
k editing
Baris 10:
Walaupun ahli- ahli sejarah merujukkan tarikh bel kanto pada awal abad ke-19, istilah itu sebenarnya tidak begitu digunakan sehinggalah pada pertengahan abad ke -19. Pada masa itu, penggubah seperti [[Richard Wagner]] sudah pun mula menggunakan suara-suara lantang dan yang lebih dramatik yang menyebabkan penggubah – penggubah bel kanto mula merasai ketinggalan, seperti komen penggubah Gioacchino Rossini yang mengulas “Kita telah mula kehilangan seni bel kanto”.
 
Penyanyi-penyanyi [[soprano]] seperti Maria Callas (1923-1977) dan Joan Sutherland (1926- ) dianggap sebagai contoh terbaik untuk penyanyi bel kanto untuk era selepas peperangan pertama. Selain mereka, penyanyi-penyanyi seperti Virginia Zeani (1925- ) dan Leyla Gencer (1928- ) juga dianggap sebagai [[soprano]] bel kanto yang mempunyai keupayaan yang sama, namun tidak begitu ternama kerana tidak membuat banyak rakaman atau persembahan [[opera]].
 
Sesetengah pengkritik berpendapat Raúl Giménez, Juan Diego Flórez dan William Matteuzzi sebagai penyanyi [[tenor]] bel kanto, walaupun sesetengah pengkritik lain beranggapan sebaliknya. Ini adalah kerana, teknik dan repertoir bel kanto sebenarnya memberi maksud yang berlainan. <ref>Ciampa, ''The Twilight of Belcanto,'' Prologo. </ref>