Budaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 2:
 
== Pengertian ==
asuuuuu Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan [[masyarakat]]. Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli [[antropologi]] (kajian manusia) sebagai fahaman ''determinisme'' (atau ''penentuan'') ''budaya''. Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai ''organik lampau'' (atau ringkasnya ''superorganik'').
 
Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, [[Agama|keagamaan]] selain sdgagaeapenghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, [[Adat|adat resam]] dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam [[Nusantara]], iaitu Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan karya [[seni]], [[rasa]] dan penciptaan di dalam masyarakat.