Salman Al-Farisi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
 
Azali (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
{{stub}}
 
Salman Al-Farisi
Sabda-sabda Rasulullah s.a.w
 
• " Salman memiliki ilmu yang tinggi ."
• " Salman adalah pelopor iman dari Farsi."
• " Apabila iman itu tergantung dibintang Suraiya , anak lelaki Farsi yang sejati pasti dapat mencapainya ."
• " Saya diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mencintai empat orang dan Allah mengatakan kepada saya bahawa Tuhan pun mencintai yang empat orang itu , iaitu Ali Bin Abu Talib , Miqdad Bin Aswad , Abu Zar Ghifari dan Salman Al Farisi ."
 
Dalam barisan tokoh-tokoh sahabat , Rasulullah s.a.w walaupun terdapat pahlawan pahlawan yang gagah perkasa tetapi bukan semua mereka itu ahli atau pandai dalam seluk beluk peperangan , iaitu strategi peperangan menurut konteks kita sekarang Inilah keistimewaan yang ada pada sahabat besar Rasulullah s.a.w iaitu Salman A1 Farisi yang berasal negeri Farsi itu .
 
Sebagai seorang sahabat akrab , Salman merupakan se orang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w disebabkan kerana keberanian , keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia . Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang Mukmin yang k uat beribadat bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan . Dalam banyak hal keperibadiannya sama seperti Saiyidina Umar A1 Khattab yang agung itu .
 
Salman A1 Farisi asalnya seorang berugama Majusi yang kemudian memeluk ugama Nasrani . Beliau telah pergi kenegeri Syam dan kemudian ke Yathrib atau Madinah untuk mencari suatu kepercayaan yang benar , hing g a akhirnya Allah s.w.t . telah membukakan hatinya untuk memeluk Islam. Ketika mula masuk Islam Salman menjadi hamba . Kemudiannya Rasulullah s.a.w telah menganjurkan sahabat agar membebaskan .
 
Sebagai sahabat agung , beliau terkenal kerana sifat takwa dan zuhudnya . Beliau pernah hidup serumah dengan Abud Darda yang terkenal sebagai seorang ahli sufi yang banyak bersyalat tengah malam dan banyak berpuasa pada siang hari yang dicontohi dengan tekun oleh Salman . Pada suatu ketika Salman pernah menasihatkan kepada sahabatnya Abud Darda , katanya , “ Saudara ada hak buat tidur , ada hak pada keluarga , kerana itulah saudara perlu berbuka dan bersyalat dan kemudian tidur .” Ucapannya itu menunjukkan pandangan Salman yang bijaksana agar sahabatnya itu tidak terus-menerus bersyalat ataupun berpuasa ke rana masing-masing ada hak dan waktunya , hatta hak beroleh keduniaan itupun .
 
Abud Darda pada mulanya membantah ? pendapatnya dengan berkata , " Apakah saudara melarang saya berpuasa untuk Tuhan dan bersyalat kepadaNya ?” Apakala hal itu sampai kepada pengetahuan Rasulullah s.a.w maka Rasul pun bersabda , " Salman memiliki ilmu yang tinggi ." Bahkan Rasulullah s.a.w memuji kecerdasan Salman , ilmunya , akhlaknya serta agamanya .
 
Sahabat besar Rasulullah s.a.w ini telah memainkan ? peranan yang penting ketika berlakunya Perang Khandak . Ketika itu beliau telah mengesyorkan supaya kaum Muslimin menggali parit di sekeliling kota Madinah yang sedang diancam oleh tentera Musyrikin Mekah serta puak-puak Yahudi yang khianat . Cadangan Salman A1 Farisi itu belum pernah dilakukan pada peperangan-peperangan di Tanah Arab sebelumnya iaitu membuat parit disekeliling kota dengan tujuan untuk menghalang serangan pihak musuh . Abu Sufyan Al Harb selaku ketua pihak Musyrikin ketika itu telah ? mengepung daerah pertahanan Madinah dengan anak buahnya selama sebulan lamanya . Akhirnya angin keras telah membongkar perkemahan-perkemahan orang musyrik itu hingga Abu Sufyan terpaksa memerintahkan semua anak buahnya supaya pulang kembali ke Mekah sebab beliau merasakan peristiwa angin ribut itu sebagai satu bala yang didatangkan oleh Tuhan .
 
Semasa Perang Khandak inilah orang-orang dari pihak ? Ansar mengatakan supaya Salman dibolehkan masuk ? kedalam golongannya tetapi sebaliknya orang-orang Muhajirin menghendaki agar beliau dimasukkan kedalam golongannya pula. Rasulullah s.a.w akhirnya berjaya menyelesaikan kerumitan itu dengan sabdanya,"Salman masuk kedalam golongan keluarga Nabi ."
 
Demikian besarnya penghurmatan Rasulullah s.a.w terhadap sahabat agung yang berasal dari bangsa Farsi itu hingga beliau dianggapnya sebagia salah seorang ahli keluarganya sendiri . Bahkan Saiyidina Ali Bin Abu Talib r.a juga pernah berkata , " Salman masuk golongan kami dan keluarga kami , lalu siapakah diantaramu yang seperti Luqman A1 Hakim itu ? Dialah orang yang diberi ilmu yang pertama dan yang terakhir bahkan dia sebagai lautan yang tidak pernah kering ."
 
Sungguh besar sekali penghurmatan dan kecintaan Rasulullah s.a.w terhadap Salman A1 Farisi . Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w pernah bersabda , " Apabila iman tergantung bintang Suraiya , anak lelaki Farsi yang sejati pasti dapat mencapainya ." Kemudian pada suatu ketika yang lain Rasulullah s.a.w bersabda pula, " Saya diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk mencintai empat orang dan Allah mengatakan kepada saya bahawa Tuhan pun mencintai yang empat orang itu , iaitu Ali Bin Abu Talib , Miqdad Bin Aswad , Abu Zar Ghifari dan Salman Al Farisi ."
 
Selanjutnya Salman Al Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah s.a.w kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan Rasulullah s.a.w . Salman yang terkenal sebagai ahli ibadat , seorang yang takwa , seorang muslim yang telah bebas dari perhambaan telah hidup dizaman Rasulullah s.a.w hinggalah sampai kezaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Saiyidina Uthman Bin Affan r.a .
 
Disaat-saat akhir hayat hidupnya beliau telah dikunjungi oleh sahabatnya Saad Bin Abu Waqqas . Ketika Saad menziarahinya ia dapati Salman sedang menangis lalu iapun bertanya , " Wahai Abu Abdullah ( Salman ) mengapakah tuan menangis , bukankah Rasul yang telah wafat itu telah menyatakan ridha terhadap tuan ?'" Salman lalu menjawab , “ Demi Allah, tidak sekali aku menangis kerana takutkan mati dan tidak pula kerana terpesona oleh dunia dengan segala isinya . Tetapi aku menangis kerana Nabi telah berjanji pada kami dengan sabdanya , " Ambillah nasibmu di dunia seperti bekal seorang musafir , sedangkan disekelilingku terdapat kemakmuran-kemakmuran ," Saad lalu berkata pula pada , Salman . " Ya Abu Abdullah, sudilah berikan aku nasihat ," Lalu dijawab Salman , " Ingatlah engkau kepada Allah dikala sedih , ketika memerintah dan ketika membahagi harta .” Ini menunjukkan adanya sikap hidup Salman yang takwa kepada Allah, sangat zuhud , hidup sebagai seorang ahli sufi sedangkan ketika diserahi jawatan sebagai pegawai yang mengurusi kaum Muslimin , beliau enggan mengambil gajinya . Alangkah anehnya sikap ini jika dilihat menurut konteks ? dunia kebendaan dewasa ini . Salman mempunyai pekerjaan khusus sehingga beliau tidak memerlukan gaji tersebut dan juga kerana hidupnya yang lebih mencintai kesederhanaan dan menjauhi kemewahan. Demikian lukisan riwayat tokoh sahabat agung yang berasal dari bangsa Farsi itu . Sungguh tepatlah beliau digelar Rasulullah s.a.w sebagai pelopor iman dari Farsi.