Imam Malik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Azraai1511 (bincang | sumb.)
Laman baru: '''Imam Malik Rahimahullah''' atau nama sebenar beliau '''Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith''' dilahirkan di Kota Madinah pada 93 Hijrah bersamaan dengan tahun 713 Masihi, ...
 
Baris 6:
 
Sepanjang hidupnya, Imam Malik terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi sehinggakan mampu menghafal [[al-Quran]] dalam usia yang masih muda. Beliau juga terkenal dengan sifat mulia, bersopan-santun, suka memakai pakaian yang bersih, kemas serta bau-bauan yang harum selaras dengan tuntutan agama supaya menjadi orang yang pembersih. Walau bagaimanapun, beliau yang terkenal dengan keramahan dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat merupaka seorang yang pendiam dan hanya berkata-kata apabila perlu dan menganggap benda yang akan diucapkan adalah perkara-perkara yang berfaedah sahaja. Beliau juga seorang hartawan yang tidak lokek membelanjakan hartanya ke jalan [[Allah]]. Sebagai contoh, beliau pernah membantu [[Imam as-Syafie]] sehingga berjaya menjadi ulama terkenal. Beliau seorang yang sangat menghormati [[hadis]]-hadis Rasulullah sendiri dan diri baginda sendiri walaupun baginda telah wafat. Beliau dikatakan tidak pernah menunggang sebarang jenis kenderaan di Madinah sebagai tanda menghormati jasad baginda yang tertanam di dalam kubur. Beliau pernah dirotan dengan [[cemeti]] sehingga patah tulang belakang kerana mengeluarkan [[fatwa]] yang tidak disukai oleh [[khalifah]] iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh [[talak]]nya. Ini menunjukkan betapa tabahnya beliau. Kerajinannya mengerjakan ibadat di malam hari pula menunjukkan kewarakan beliau terhadap Allah s.w.t. Prinsip hidup beliau mengenai ilmu ialah orang yang ingin belajar [[ilmu]] hendaklah berusaha mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya. Beliau tidak pernah merungut apabila memberi pendidikan kepada anak-anak muridnya. Beliau akan bersusah-payah memberi kefaham kepada anak-anak muridnya tentang sesuatu masalah ilmu.
 
 
== Pendidikan ==