Turandot: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan |
k →Sinopsis: Babak 1 - tambahan sinopsis berserta aria |
||
Baris 70:
===Babak 1===
''Di hadapan istana diraja''
Pegawai Mandarin mengumumkan bahawa sesiapa yang ingin mengahwini Puteri Turandot, mesti menjawab 3 teka teki, tetapi jika gagal menjawab, pemuda tersebut akan dipancung. Putera Parsi menyahut cabaran namun dipancung kerana gagal menjawab teka-teki yang diberi. Dalam keadaan yang sibuk dengan ramai orang yang datang untuk melihat hukuman pancung itu, seorang tua yang buta terjatuh ditolak dan hamba beliau, Liù menangis meminta pertolongan. Seorang pemuda terdengar jeritan dan mengenal pasti bahawa si tua tersebut ialah ayahnya, seorang Raja Tartar bernama Timur, yang dihukum buangan. Bapanya memberitahu, hanya Liù sahaja seorang hamba yang kekal dan setia padanya. Pada masa hukuman, Putera muda itu ternampak Puteri Turandot dan jatuh cinta padanya. Setelah hukuman dijalankan, Putera muda tampil ke pentas dan membunyikan gong untuk menyahut cabaran walaupun puas dirayu oleh Liù. Pembesar-pembesar istana juga memberi amaran kepada beliau, tetapi tidak diendahkannya.▼
Pegawai Mandarin mengumumkan bahawa sesiapa yang ingin mengahwini Puteri Turandot (''Popolo di Pekino!'') mesti menjawab 3 teka teki, tetapi jika gagal menjawab, Putera tersebut akan dihukum pancung. Putera Parsi yang telah menyahut cabaran, gagal menjawab teka-teki yang diberi dan kini menanti hukuman.
▲
Matahari mula terbit, Putera Parsi diarak ke tempat hukuman. Putera Parsi itu masih muda dan tampan, orang ramai termasuk Putera Muda tersebut merayu agar Puteri Turandot menunjukkan belas kasihan kepada beliau (Koir, Putera Muda: ''O giovinetto!'' ). Puteri Turandot muncul dan dengan gaya bersahaja sahaja melambaikan tangan kepada para penghukum untuk meneruskan hukuman pancung. Putera Muda itu yang pertamakali ternampak Puteri Turandot, terus jatuh cinta padanya. Putera Persia dijatuhkan hukuman pancung.
Putera Muda yang mabuk cinta, tampil untuk membunyikan gong: sebagai tanda menyahut cabaran untuk mengahwini Puteri Turandot, namun dihalang oleh tiga pegawai istana, Ping, Pang dan Pong dengan menyindir beliau, ( ''Fermo, che fai?'' ) samada beliau rela dipancung demi cinta terhadap seorang perempuan yang kejam. Mereka menyuruh beliau pulang sahaja ke negara asal beliau. Timur menyuruh Liù (yang secara rahsia menyintai Putera Muda tersebut) untuk memujuk Putera Muda itu agar membatalkan hasrat beliau untuk menyahut cabaran sia-sia itu. Liù memujuk Putera Muda dengan [[aria]] ( ''Signore, ascolta!'' ) yang menyentuh perasaan Putera Muda tersebut. Putera Muda membalas ( ''[[Non piangere, Liù]]'' - "Jangan menangis, Liù" ), namun tetap dengan pendiriannya. Timur, Liù dan tiga pegawai istana sekali lagi memujuk beliau ( ''Ah! Per l'ultima volta!'' ), tetapi tidak diendahkannya.
Putera Muda tersebut memanggil nama Turandot tiga kali dan pantas memukul gong sebanyak tiga kali. Puteri Turadot muncul dan menerima cabaran beliau
===Babak 2===
|