Perbezaan antara semakan "Turandot"

2,001 bait ditambah ,  13 tahun lalu
→‎Babak 2: Tambahan sinopsis dan aria
k (→‎Sinopsis: Babak 1 - tambahan sinopsis berserta aria)
(→‎Babak 2: Tambahan sinopsis dan aria)
 
===Babak 2===
====Adegan I====
Maharaja Altoum, ayahanda kepada Turandot memberi amaran kepada Putera muda itu agar tidak meneruskan cabaran, namun beliau tidak mengendahkannya amaran itu. Sesi teka-teki bermula, soalan pertama ditanya oleh Puteri Turandot, "Apakah yang lahir setiap malam dan mati setiap subuh?" Dengan cepat, Putera muda menjawab "Harapan". Soalan ke-dua, "Apakah yang berkilau merah dan panas seperti cahaya tetapi bukan api?" Putera muda tunduk untuk berfikir seketika dan lantas menjawab "Darah". Soalan terakhir "Apakah sesuatu yang seperti ais tetapi membakar seperti api?" Dengan tangisan girang, Putera muda menjerit "Turandot". Puteri Turandot terkejut dan memohon bapanya agar tidak menyuruh beliau mengahwini Putera muda itu, namun tiada apa yang bapanya boleh membantu. Janji adalah janji. Ketika Puteri Turandot mula menjadi murka, Putera muda menahan Puteri itu dan berkata "Kamu tidak tahu nama saya. Sekiranya kamu boleh meneka nama saya dengan tepat, saya akan setuju untuk dihukum pancung, kalau tidak, kamu akan jadi milikku.."
''Di dalam istana, tempat tinggal 3 pegawai istana''
 
Ping, Pang, and Pong membuat kerja harian mereka sebagai pegawai istana. Mereka membuat persediaan untuk samada "perkahwinan" atau "pengkebumian" bagi Putera Muda yang baru menyahut cabaran Puteri Turandot (Ping, Pang, Pong: ''Ola, Pang!'' ) . Ping rindukan kampung halaman beliau di Honan, tempat yang indah yang mempunyai tasik kecil di kelilingi oleh rumpun buluh. Pong pula terkenangkan kampung beliau berdekatan dengan pekan Tsiang, manakala Pang rindukan taman di kampung halaman beliau di Kiu. Ketiga-tiga pegawai tersebut rindukan memori indah kehidupan lama, jauh dari istana (Ping, Pang, Pong: ''Ho una casa nell'Honan'' ) yang penuh dengan kekejaman Puteri Turandot. Trumpet istana kedengaran, ketiga-tiga pegawai bersiap sedia untuk mengadap Maharaja.
 
====Adegan II====
''Di balai singgahsana''
 
Maharaja Altoum, ayahanda kepada Turandot memberi amaran kepada Putera Muda itu agar tidak meneruskan cabaran, (Altoum, Putera Muda: ''Un giuramento atroce'' ), namun beliau tidak mengendahkannya amaran itu. Turandot muncul dan menjelaskan ( ''In questa reggia'' ) yang pada suatu ketika dahulu, moyangnya, Puteri Lo-u-Ling, pernah menderita dan dibunuh oleh orang asing, dan kini beliau bersumpah akan membalas dendam dengan tidak akan membenarkan lelaki untuk memiliki beliau. Turandot memberi amaran kepada Putera Muda dan menyuruh beliau membatalkan sahaja niat untuk mengahwininya, namun Putera Muda masih tetap dengan pendiriannya.
 
Puteri Turandot memulakan teka-teki pertama ( ''Straniero, ascolta!'' ), "Apakah yang lahir setiap malam dan mati setiap subuh?". Putera Muda berfikir agak pantas dan menjawab "Harapan".
 
Soalan ke-dua ('' Guizza al pari di fiamma'' ), "Apakah yang berkilau merah dan panas seperti cahaya tetapi bukan api?". Putera muda tunduk untuk berfikir seketika dan lantas menjawab "Darah". Turandot terkejut dan naik darah apabila orang ramai memberi sokongan kepada Putera Muda tersebut.
 
Soalan terakhir ( ''Gelo che ti da foco'' ), "Apakah sesuatu yang seperti ais tetapi membakar seperti api?". Putera Muda agak terkedu dengan soalan ini. Puteri Turandot agak gembira dan mula menyakat Putera Muda yang agak panik. Tiba-tiba, dengan tangisan girang, Putera muda menjerit, "jawapannya ialah Turandot!!".
 
Puteri Turandot terkejut kerana beliau tidak sangka sesiapa boleh memberi 3 jawapan yang tepat. Beliau merayu agar ayahandanya tidak menyuruh beliau mengahwini Putera Muda itu, namun menurut ayahandanya, "Janji adalah janji" (Turandot, Altoum, Putera Muda: ''Figlio del cielo'' ).
 
Ketika Puteri Turandot mula menjadi murka, Putera Muda menahan Puteri itu dan berkata "Kamu tidak tahu nama saya. Sekiranya kamu boleh meneka nama saya dengan tepat sebelum matahari terbit esok, saya akan setuju untuk dihukum pancung, kalau tidak, kamu akan jadi milikku.." ( ''Tre enigmi m'hai proposto'' ). Turandot bersetuju. Maharaja berkata, beliau berharap agar dapat memanggil Putera Muda sebagai menantunya di siang hari kelak
 
===Babak 3===
7,175

suntingan