Turandot: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
LeQuattroStagioni (bincang | sumb.)
→‎Adegan II: - imej diambil dari teks skor
Baris 91:
''Di balai singgahsana''
 
Maharaja Altoum, ayahanda kepada Turandot memberi amaran kepada Putera Muda itu agar tidak meneruskan cabaran, (Altoum, Putera Muda: ''Un giuramento atroce'' ), namun beliau tidak mengendahkannya amaran itu. Turandot muncul dan menjelaskan ( ''In questa reggia'' ) yang pada suatu ketika dahulu, moyangnya, Puteri Lo-u-Ling, pernah menderita dan dibunuh oleh orang asing, dan kini beliau bersumpah akan membalas dendam dengan tidak akan membenarkan lelaki untuk memiliki beliau. [[Imej:MaiNessun.jpg|thumbnail|450px|"In questa reggia"]] Turandot memberi amaran kepada Putera Muda dan menyuruh beliau membatalkan sahaja niat untuk mengahwininya, namun Putera Muda masih tetap dengan pendiriannya.
 
Puteri Turandot memulakan teka-teki pertama ( ''Straniero, ascolta!'' ), "Apakah yang lahir setiap malam dan mati setiap subuh?". Putera Muda berfikir agak pantas dan menjawab "Harapan".
Baris 97:
Soalan ke-dua ('' Guizza al pari di fiamma'' ), "Apakah yang berkilau merah dan panas seperti cahaya tetapi bukan api?". Putera Muda tunduk untuk berfikir seketika dan lantas menjawab "Darah". Turandot terkejut dan naik darah apabila orang ramai memberi sokongan kepada Putera Muda tersebut.
 
Soalan terakhir ( ''Gelo che ti da foco'' ), "Apakah sesuatu yang seperti ais tetapi membakar seperti api?". Putera Muda agak terkedu dengan soalan ini. Puteri Turandot agak gembira dan mula menyakat Putera Muda yang agak panik. Tiba-tiba, dengan tangisan girang, Putera mudaMuda menjerit, "jawapannya ialah Turandot!!".
 
Puteri Turandot terkejut kerana beliau tidak sangka sesiapa boleh memberi 3 jawapan yang tepat. Beliau merayu agar ayahandanya tidak menyuruh beliau mengahwini Putera Muda itu, namun menurut ayahandanya, "Janji adalah janji" (Turandot, Altoum, Putera Muda: ''Figlio del cielo'' ).