Tenis: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 117 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q847
→‎Sejarah awal: "yang sudah sudah lama" tukar kepada "yang sudah lama". "tangan kulit.Bola berevolusi" tukar kepada "tangan kulit. Bola berevolusi"
Baris 4:
 
== Sejarah awal ==
Tenis ternyata merupakan olahraga yang sudah sudah lama. Terekam pada pahatan yang dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masihi di dinding sebuah kuil di mesir yang menunjukan permainan bola tenis dan dimainkan pada upacara keagamaan. Permainan ini kemudian meluas ke seluruh eropah pada abad ke-8.
 
Pada awalnya tenis dimainkan dengan memakai tangan atau sebuah tongkat yang dipukulkan berganti-ganti menggunakan sebuah bola dari kayu yang padat. Permainan ini kemudian berkembang lagi menjadi permainan bola dengan dipukulkan melintasi sebuah dinding penghalang,kerana pada saat itu dirasakan bahawa kawalan bola lebih terasa menggunakan tangan, maka media yang berkembang pada waktu itu adalah dengan menggunakan sarung tangan kulit. Bola berevolusi dari sebuah bola kayu padat menjadi bola dari kulit yang diisi oleh dedak kulit padi.
 
Sukan ini sangat berkembang di Perancis waktu itu. Pada abad 16-18 telah mulai banyak dimainkan terutama oleh kalangan Raja-raja dan para bangsawan dengan nama ‘Jeu de Palme’. Perkataan Tenis sendiri dipercaya berasal dari pemain Perancis yang sering menyebut kata ‘Tenez’ yang beerti “Main!” pada saat akan memulai permainan dan hingga sekarang kata tersebut dipakai sebagai nama sukan ini. Tenis kemudian berkembang hingga ke England dan juga ke Sepanyol, Itali, Belanda, Swiss dan Jerman. Namun tenis mengalami kemunduran saat terjadinya revolusi Perancis dan berkuasanya Napoleon Bonaparte di Eropah.