Perbezaan antara semakan "Tanah Melayu British"

 
===Perjanjian Pangkor and Perak===
{{main|Perjanjian Pangkor 1874}}
 
Perak adalah sebuah negeri di pantai barat Semenanjung Melayu dan pada abad ke-18 dan ke-19, negeri itu dijumpai kaya dengan [[timah]]. Sebenarnya, Perak mempunyai mendapan aluvium timah yang terkaya di dunia. Pada waktu yang sama, [[Eropah]] sedang mengalami sebuah [[revolusi perindustrian]] dan ini menyebabkan permintaan timah yang besar. Pihak British serta juga Belanda sedang aktif di negeri-negeri itu, dengan setiap mereka mencuba memonopoli pengeluaran timah serta komoditi-komoditi lain yang kurang penting. Bagaimanapun, suasana politik di Perak sentiasa bergolak hebat dan ini mengakibatkan kenaikan kos pelombongan timah. Umpamanya pada tahun 1818, Siam memerintah Kedah untuk menyerang Perak. Kekurangan keselamatan di Perak memaksa pihak British untuk melindungi Perak pada tahun 1826.
Pengguna awanama