Perbezaan antara semakan "Pilihan raya umum Malaysia 2013"

 
Herizal Hazri daripada Yayasan Asia Malaysia berkata: "Terdapat rasa penolakan pengundi bandar terhadap retorik. Mereka mahukan Malaysia yang lebih merangkumi semua, mereka mahu mengundi parti yang mewakili semua kumpulan bangsa."<ref>{{cite news |author= |title=Malaysia PM sworn in amid opposition protests |url=http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2013/05/201356142723845697.html |publisher=Al Jazeera English |date=6 Mei 2013 |accessdate=7 Mei 2013}}</ref> Majoriti pengundi Cina menunjukkan sokongan terhadap PR. "Mereka merupakan pengundi terbesar berubah undi," kata ahli parlimen Pulai [[Nur Jazlan Mohamed]]. Seperti dalam pilihan raya umum lepas, pengundi di kawasan bandar, termasuk Melayu, telah menyokong PR manakala pengundi di kawasan kampung kekal mengundi BN. "Ini bukan peperangan bangsa, ini peperangan golongan," kata seorang pakar analisis.<ref>{{cite news |author=Jahabar Sadiq |title=Dalam PRU13, BN menang kawasan Melayu, Pakatan menang bandar |url=http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dalam-pru13-bn-menang-kawasan-melayu-pakatan-menang-bandar |newspaper=The Malaysian Insider |date=6 Mei 2013 |accessdate=7 Mei 2013}}</ref> Bekas Perdana Menteri Abdullah pula berkata adalah tidak wajar untuk mengaitkan keputusan pilihan raya ini sebagai isu perkauman,<ref>{{cite news |author= |title=Pak Lah pun tak setuju PRU13 dikait perkauman |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19100-pak-lah-pun-tak-setuju-pru13-dikait-perkauman |newspaper=Harakahdaily |date=9 Mei 2013 |accessdate=9 Mei 2013}}</ref> manakala Ketua Penerangan PAS Pusat [[Tuan Ibrahim Tuan Man]] menyatakan BN ditolak oleh 'tsunami Internet dan anak muda'.<ref>{{cite news |author= |title=BN ditolak melalui ‘Tsunami internet dan anak muda’ |url=http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19046-bn-ditolak-melalui-tsunami-internet-dan-anak-muda |newspaper=Harakahdaily |date=7 Mei 2013 |accessdate=9 Mei 2013}}</ref>
 
Pada 8 Mei, Anwar memimpin satu perhimpunan sekurang-kurangnya 50,000 orang berpakaian hitam di sebuah stadium di [[Kelana Jaya]], Selangor. Mereka mengecam PRU-13 sebagai satu penipuan.<ref>{{cite web |url=http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2013/05/2013586202916888.html |title=Thousands rally against Malaysia vote result |publisher=Al Jazeera |date=8 Mei 2013}}</ref> Bagaimanapun, buat kali pertama, tiada satupun unit polis yang hadir, biarpun mengelaskan perhimpunan tersebut sebagai haram.<ref>{{cite news |author= |title=Tiada Polis, Tiada FRU, Tiada Jentera Pancutan Air Di Perhimpunan Haram |url=http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=948470 |newspaper=BERNAMA |date=9 Mei 2013 |accessdate=9 Mei 2013}}</ref>
 
== Rujukan ==
65,364

suntingan