Perbezaan antara semakan "InuYasha"

6,098 bait ditambah ,  7 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
==Perkembangan==
[[Rumiko Takahashi]] menulis siri Inuyasha selepas selesai menulis siri [[Ranma ½]]. Hasil karyanya melalui Inuyasha tampak kontra dengan siri karyanya yang lain, di mana siri Inuyasha ini menumpukan kisah yang lebih gelap, [[tragis]], dan [[misteri]] berbanding hasil karyanya yang terdahulu lebih kepada [[komedi]]. Siri Inuyasha menekankan zaman era Sengoku, di mana peperangan selalunya tercetus. Untuk melakar, pelukis memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai pakaian [[samurai]] dan juga bentuk susun atur istana dan rumah zaman lama. Pada bulan [[Jun]] [[2001]], biarpun Inuyasha telah tamat ditayangkan, namun Rumiko masih belum memberi kata putus mengenai hubungan Inuyasha dan Kagome. Oleh itu, dalam siri [[Inuyasha : Akta Akhir]] ataupun lebih dikenali dengan ''Inuyasha The Final Act'', Rumiko secara jelasnya menunjukkan Inuyasha dan Kagome terus hidup bersama.
 
==Media==
 
===Anime===
====InuYasha====
:''Bacaan lanjut: [[Senarai animasi InuYasha]].''
Adaptasi pertama bagi siri Inuyasha telah dihasilkan oleh [[Sunrise]] di Jepun saluran [[Animax]] pada [[16]] [[Oktober]] [[2000]]. Sebanyak 167 episod telah ditayangkan sehinggalah ke siri akhir yang tamat pada [[13]] [[September]] [[2004]]. Ia juga ditayangkan di saluran [[Yomiuri TV]] dan [[Nippon Television]]. Untuk saluran Asia Timur dan Asia Selatan, Inuyasha ditayangkan melalui saluran ''[[Animax]] English Language Network'' @ Animax Rangkaian Bahasa Inggeris. [[Aniplex]] telah menggumpulkan kesemua episod di mana kesemuanya mempunyai 7 siri DVD volume dihasilkan di Jepun antara [[30]] [[Mei]] [[2001]] sehingga [[27]] [[Julai]] [[2005]]. Inuyasha diulang tayang di saluran [[Toonami]] pada akhir [[2012]].
 
Di Malaysia, Inuyasha buat kali pertamanya di tayangkan di saluran [[ntv7]] pada setiap [[Jumaat]]. Inuyasha kemudiannya diulang tayang di saluran [[TV9]] pada setiap [[Khamis]], jam 7:00 petang.
 
====InuYasha : Akta Akhir====
''Bacaan lanjut: [[Senarai animasi InuYasha : Akta Akhir]].''
Pada 2009, isu ke 34 bagi [[Weekly Shōnen Sunday]] telah diterbitkan pada [[22]] [[Julai]] [[2009]] secara terangnya mengumumkan bahawa terdapat 26 episod adaptasi daripada volume ke 36 yang telah dibuat oleh krew yang asal dan ditayangkan di [[YTV Japan]]. Untuk minggu yang seterusnya, [[Viz Media]] telah mengumumkan bahawa siri ''[[Inuyasha Kanketsuhen]]'' (犬夜叉完結編, ''InuYasha Akta Akhir'') telah dilesenkan. Siri ini ditayangkan buat kali pertamanya pada [[3]] [[Oktober]] [[2009]] di Jepun. Anime ini tamat pada [[29]] [[Mar]] [[2010]]. Aniplex menggumpulkan siri ini dan DVD nya telah dikeluarkan antara [[23]] [[Disember]] [[2009]] sehingga [[23]] [[June]] [[2010]].
 
====Filem====
Anime InuYasha secara keseluruhannya mempunyai 4 filem yang menekankan plot asli daripada meniru terus daripada Manga. Filem ini ditulis oleh [[Katsuyuki Sumisawa]]. Filem ini juga dikeluarkan dengan adanya penterjemahan [[Bahasa]] [[Inggeris]] dan terdapat suara latar bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh Viz Media. [[Toshiya Shinohara]] yang bertindak sebagai pengarah bagi keempat-empat filem ini.
Untuk filem yang pertama, berjudul [[Eiga InuYasha: Toki o Koeru Omoi|Filem InuYasha: Pemikiran yang Melangkaui Masa]]yang dikeluarkan di Jepun pada [[16]] [[Disember]] [[2001]]. Dalam filem yang pertama ini, [[InuYasha]], [[Kagome]], [[Shippo]], [[Sango]] dan [[Miroku]] menghadapi [[Menomaru]] yang merupakan musuh syaitan yang dibawa kembali untuk hidup oleh permata [[Shikon No Tama]].
Dalam filem kedua, [[Eiga InuYasha: Kagami no Naka no Mugenjo|Filem InuYasha: Kota Impian Tersembunyi dalam Cermin]] yang dikeluarkan pada [[21]] [[ Disember]] [[2002]], kumpulan InuYasha mengalahkan Naraku dan kembali kepada kehidupan asal mereka. Mereka perlu mengalahkan musuh yang terbaru bernama [[Kaguya]].
Untuk filem yang ketiga, [[Eiga InuYasha: Tenka Hado no Ken|Filem InuYasha: Pedang yang Menguasai Dunia]] dikeluarkan pada [[20]] [[Disember]] [[2003]], mengisahkan mengenai pedang ketiga milik [[Inu No Taisho]] yang dikenali sebagai [[So'unga]] telah dilepaskan daripada kurungan dan berupaya memusnahkan dunia memaksa InuYasha dan abangnya [[Sesshomaru]] untuk bekerjasama dan menghentikan pedang itu.
Untuk filem keempat,
[[Eiga InuYasha: Guren no Horaijima|Filem InuYasha: Kepulauan Guren Horai]], yang dikeluarkan pada [[23]] [[Disember]] [[2004]], mengisahkan InuYasha dan sahabatnya menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kepulauan misteri [[Houraijima]] yang mempunyai syaitan yang sangat berkuasa dikenali Empat Raja Peperangan, "The Four War Gods".
 
====OVA====
Selama tempoh 30 minit, Original Video Animation (OVA), Tetsusaiga Hitam, Black Tetsusaiga (黒い鉄砕牙 Kuroi Tetsusaiga?) telah ditayangkan pada [[30]] [[Julai]] [[2008]]. Episod itu menggunakan suara [[seiyuu]] asli daripada siri asal. Untuk DVD dan format Blu-ray pula telah dikeluarkan pada [[20]] [[Oktober]] [[2010]].
 
===Cakera padat===
===Permainan video===
Tiga permainan video yang mengikut siri asal telah dikeluarkan untuk WonderSwan: InuYasha: Kagome no Sengoku Nikki (犬夜叉 〜かごめの戦国日記 InuYasha: Peperangan Dimensi Diari Kagome?), InuYasha: Fūun Emaki (犬夜叉 風雲絵巻?) and InuYasha: Kagome no Yume Nikki (犬夜叉 かごめの夢日記 InuYasha: Diari Mimpi Kagome?). Satu judul, InuYasha: Naraku no Wana! Mayoi no Mori no Shōtaijō (犬夜叉〜奈落の罠!迷いの森の招待状 InuYasha: Perangkap Naraku, Ajakan ke Hutan Ilusi?), telah dihasilkan untuk [[Game Boy Advance]] pada [[23]] [[Januari]] [[2002]] di Jepun. Inuyasha juga telah diadaptasi kepada permainan untuk telefon mudah alih pada [[21]] [[Jun]] [[2005]]. Permainan kad juga yang menggunakan bahasa Inggeris telah dihasilkan pada [[20]] [[Oktober]] [[2004]].
 
2 judul yang telah dihasilkan untuk [[PlayStation]], InuYasha dan [[Inuyasha : Kisah Dongeng zaman Feudal]] yang kemudiannya dikeluarkan di [[Amerika Utara]]. Untuk PlayStation kedua, sebanyak 2 permainan dikeluarkan iaitu [[InuYasha : Rahsia Topeng yang Disumpah]] dan [[InuYasha : Pertarungan Feudal]] yang juga mempunyai versi bahasa Inggeris. [[InuYasha : Rahsia Permata Suci]] pula dikeluarkan untuk [[Nintendo DS]] pada [[23]] [[Januari]] [[2007]].
InuYasha juga muncul dalam permainan video Sunday VS Magazine: Shuuketsu! Choujou Daikessen! sebagai watak permainan.
 
===Novel===
Shogakukan telah menerbitkan sebuah novel yang dinamakan ''Shosetsu InuYasha'' ({{lang|ja|小説犬夜叉}}) ditulis oleh [[Tomoko Konparu]] dan diilustrasi oleh [[Rumiko Takahashi]].
 
===Siri aksi langsung===
Siri aksi langsung [[The Holy Pearl]] yang dilakonkan oleh [[Gilian Chung]] dan [[Purba Rgyal]] merupakan siri yang diadaptasi daripada manga InuYasha.
 
===Aksi langsung===
Aksi langsung dilakukan oleh orang Jepun yang berjudulkan InuYasha telah ditayangkan di [[Akasaka ACT Theater]] di [[Tokyo]] semasa siri anime yang pertama dihasilkan.
 
==Resepsi==
Pada [[Jun]] [[2008]], manga InuYasha telah terjual sebanyak 43 juta di Jepun sahaja. Manga ini menduduki tangga teratas dalam senarai jualan. Pada tahun [[2001]], manga ini telah memenangi [[Shogakukan]] Manga Award untuk Judul Shonen manga terbaik pada tahun itu. Di [[Amerika Utara]], volume manga InuYasha telah muncul dalam [[New York Times]] dan dalam Senarai Jualan Terlaku bagi [[Diamond Distribution]]. Pada tahun [[2005]], InuYasha merupakan siri yang paling dicari mengikut [[Lycos]].
Siri animasi InuYasha telah berada di tangga kedua puluh oleh [[TV Asahi]] daripada seratus animasi siri pada [[2006]] berdasarkan tinjauan secara ''online''. Dalam Anime Awards [[ICv2]] dari tahun 2004 dan 2005, siri InuYasha telah dinobatkan sebagai juara dalam kategori "Property of the Year". Dalam [[Anime Grand Prix]] InuYasha telah seringkali muncul dalam kategori Anime Terbaik, dan menduduki tempat ketiga pada [[2003]].
 
Keempat-empat filemnya telah mendapat kutipan sebanyak lebih US$20 million dan tergolong dalam Japanese Box Office. Dalam [[American Anime Awards]] daripada 2007, Inuyasha telah berada dalam kategori ''Best Cast, Best Anime Feature dan Best Long Series''. DVD Bahasa Inggeris telah terjual lebih 1,000,000 salinan sejak tayangan filem pertama. Pada [[November]] [[2004]], Viz telah mengumumkan bahawa mereka telah menjual DVD Inuyasha sebanyak sejuta.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
1,206

suntingan