Perbezaan antara semakan "InuYasha"

Saiz tidak berubah ,  7 tahun lalu
 
[[Fail:Kikyo vs Inuyasha.GIF|thumb|left|175px|Kikyo memanah Inuyasha]]
Siri Inuyasha bermula dengan pertempuran penduduk kampung era silam iaitu pada [[zaman Sengoku]] dengan seorang manusia separuh raksasa yang dipanggil sebagai [[hanyo]]. Hanyo tersebittersebut ialah Inuyasha yang ingin mencuri [[Shikon No Tama]] dari biara kampung tersebut. Pada hari itu, Inuyasha gagal mengawal emosi dan difikirannya hanyalah ingin memperolehi permata tersebut. Serikandi terakhir yang merupakan seorang perempuan sihir ataupun [[miko]] iaitu [[Kikyo]] mempertahankan Shikon No Tama sehingga ke titisan darah terakhir. Kikyo memanah Inuyasha tepat di dadanya dan tubuh Inuyasha terikat dengan sumpahan. Sumpahan itu membuatkan Inuyasha tidur selama 50 tahun.
 
Kembali ke era moden, [[Higurashi Kagome]] yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi mempunyai sahabat yang ramai dan keluarga yang penyayang. Datuknya membuka kedai antik dan selalu bercerita kepada Kagome mengenai Shikon No Tama yang menjadi lagenda bagi sejarah [[Jepun]]. Kagome tidak meminati sejarah dan dia hanya bersikap acuh tak acuh apabila datuknya bercerita mengenai permata itu. Kagome mempunyai seorang adik lelaki bernama [[Sota]] dan seekor kucing comel dan gemuk bernama [[Buyo]]. Suatu hari Buyo bermain-main dengan Sota. Buyo melangkah masuk ke sebuah bilik lama di halaman rumah Kagome. Sota yang bimbangkan keselamatan Buyo cuba mencari Buyo. Namun dia tidak berani untuk melangkah ke bilik tersebut. Sota meminta bantuan Kagome untuk mencari Buyo. Kagome membuka pintu bilik tersebut dan mencari Buyo. Buyo akhirnya ditemui, namun begitu dengan tidak sengaja Kagome terjatuh ke dalam perigi yang terdapat di bilik tersebut.
1,206

suntingan