Gunung Everest: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 21:
Gunung ini dianggarkan 8,850 m (29,035 [[kaki (ukuran)|kaki]]; hampir 5.5 [[batu (ukuran)|batu]]) tinggi, walaupun terdapat variasi daripada segi ukuran (kerajaan Nepal tidak mengesahkan ukuran ini secara rasmi, ketinggian Everest masih dianggap 8,848 m). Ia pertama kali diukur pada tahun [[1856]] sebagai mempunyai ketinggian 29,000 kaki, tetapi diisytiharkan sebagai 29,002 kaki tinggi. Tambahan secara rawak 2 kaki menunjukkan perasaan masa itu bahawa ketinggian tepat 29,000 kaki akan dianggap sebagai anggaran yang dibulatkan. Masa kini anggaran umum yang diterima pakai adalah 8850 m yang diperolehi melalui bacaan [[Sistem Kedudukan Sejagat]] (GPS). Everest masih meningkat akibat pergerakan [[plat tektonik]] kawasan tersebut; bagaimanapun, kesan itu hanya ketara pada skala masa geologi.
Secara tepat, Everest adalah gunung yang kemuncaknya mencapai jarak paling luas di atas [[paras laut]]. Dua gunung lain yang kadang-kala didakwa sebagai "gunung tertinggi di dunia"ialah [[Mauna Loa]] di [[Hawaii]]
Lebih menarik, dasar terdalam di lautan adalah lebih dalam berbanding ketinggian Everest: [[Challenger Deep]], terletak di [[Parit Mariana]], begitu dalam sehinggakan sekiranya gunung Everest diletakkan di dalamnya, masih terdapat hampir satu batu air menutupinya.
== Laluan memanjat ==
|