Perbezaan antara semakan "Dato Maharaja Lela"

2,122 bait dibuang ,  8 tahun lalu
Reverted good faith edits by 60.48.210.85 (talk): Perlukan rujukan. (TW)
(Reverted good faith edits by 60.48.210.85 (talk): Perlukan rujukan. (TW))
== Pejuang bangsa ==
Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang [[British]] di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti [[Orang Kaya|Orang Kaya-kaya]] Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai [[Dato' Sagor]]) dan [[Ngah Kandin]], beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh [[JWW Birch|James Wheller Woodfird Birch]] (J.W.W. Birch), [[Residen British]] Perak. <ref>[http://books.google.co.uk/books?id=cgsZvl1zTXgC&pg=PA11&lpg=PA13&ots=lO2K6qzwbt&dq=maharajalela&output=html_text Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development, Pages displayed by permission of Areca Books. Copyright. By Salma Nasution Khoo, Abdur -Razzaq Lubis]</ref> Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat [[Durian Sebatang]] yang dipengerusikan oleh [[Sultan Abdullah]] dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada [[21 Julai]] [[1875]]. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada [[2 November]] [[1875]] di [[Pasir Salak]] oleh [[mahkamah]] yang bersidang dari [[14 Disember]] hingga [[22 Disember]] [[1876]] di [[Matang]], Perak. Beliau dijatuhi [[hukuman gantung sampai mati]] pada [[20 Januari]] [[1877]] di [[Taiping]].
 
 
Sebab-sebab Pemimpin Tempatan Menentang British
1 Dasar Penaklukan British
. penaklukan British bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya.
. Kawasan itu akan terikat dengan perintah dan peraturannya.
. Misalnya, apabila British mendapat Melaka daripada Belanda, Naning dipaksa menjadi jajahan takluk British dan membayar ufti.
 
2 Hasrat Mereka Untuk Menguasai Ekonomi Tempatan Bagi Kepentingan Mereka.
. dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh mereka dengan pemimpin tempatan.
. Menerusi perjanjian ini, saudagar dari Negeri-Negeri Selat dibenarkan menjalankan perlombongan dan perdagangan bijih timah.
. Hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British.
 
3 British Telah Memaksakan Sistem Pentadbiran Barat Kepada Penduduk Tempatan.
. British telah memperkenalkan sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
. Di Terengganu, penentangan berlaku kerana British telah menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.
. Peraturan bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai.
 
4 Campur Tangan British Dalam Adat Resam Tempatan.
. Sebagai penjajah, British memaksa mereka menerima nilai-nilai British yang amat bertentangan dengan budaya masyarakat tempatan.
. Di Perak, J.W.W. Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini, iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
. Tindakan beliau ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan.
5 Pemimpin Tempatan Kehilangan Kuasa Dan Pengaruh Pentadbiran Terhadap Kawasan Dan Anak Buah Mereka
. Kebanyakan pemimpin tempatan itu telah dilantik oleh sultan ataupun oleh masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut.
. Dengan pelantikan itu mereka berkuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya seperti soal pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. H5c. Namun, penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa
 
==Rujukan==
65,422

suntingan