Perbezaan antara semakan "Awan Oort"

3 bait ditambah ,  8 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
k (Bot: Memindahkan 2 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q40864)
'''Awan Oort''' ([[bahasa Inggeris]]: ''Oort Cloud'') adalah awan [[komet]] berbentuk sfera yang dipercayai berada sekitar [[1 E15 m|50,000]] hingga [[1 E16 m|100,000]] [[unit astronomi|unit astronomi AU]] dari [[matahari]] (sekitar 1,000 kali ganda jarak Matahari ke planet Pluto); dengan cakera dalamnya pada laluan ekliptik matahari dari [[kawasan Kuiper]]. Walaupun tiada pemerhatian langsung telah dibuat pada awan sebegitu, ia dipercayai sebagai sumber kebanyakan komet yang memasuki kedalam [[sistem suria]] (sebahagian komet jangka pendek mungkin berasal daripada Lingkaran Kuiper Kuiper), berdasarkan pencerapan [[orbit]] komet.
 
Pada tahun [[1932]] [[Ernst Öpik]], astronomi [[Estonia]], mengusulkan cadangan bahawa komet berasal dari awan yang mengorbit dipinggir sistem solar. Pada tahun [[1950]] idea tersebut dihidupkan kembali dan diusulkan oleh astronomi [[Belanda]] [[Jan Oort]] untuk menerangkan keadaan pertentangan yang timbul: komet termusnahmusnah selepas beberapa kali melalui sistem solar, oleh itu jika komet yang kita pantau telah wujud semenjak permulaan sistem solar, tidak ada komet yang sepatutnya masih tinggal sekarang. Menurut teori tersebut, awan Oort mengandungi berjuta-juta nukleus komet, yang stabil disebabkan sinaran matahari adalah lemah pada jarak tersebut. Awan Oort membekalkan komet baru secara berterusan, menggantikan yang telah dimusnahkan.
 
Awan Oort dijangka sebagai baki [[nebula]] asal yang mengucup untuk membentuk matahari dan [[planet]] lima juta tahun dahulu, dan awan Oort dikatakan tertambat lemah pada sistem solar. Teori pembentukan awan Oort yang diterima umum adalah; objek awan Oort mulanya terbentuk lebih hampir dengan [[Matahari]] sebagai sebahagian proses yang sama pembentukan [[planet]] dan [[asteroid]], tetapi interaksi graviti dengan gergasi gas muda seperti Jupiter melontar mereka ke orbit parabolik atau elips amat panjang. Proses ini juga bertindak mencampak objek keluar dalam bentuk satah ekliptik, ini menjelaskan bentuk taburan sfera awan. Ketika berada di orbit kawasan yang jauh keluar, interaksi graviti dengan bintang yang terletak berhampiran, menukar orbit komet dengan lebih lanjut dan menjadikan orbit komet lebih bulat.
Ia dipercayai bahawa sistem [[bintang]] yang lain kemungkinannya turut mempunyai awan Oort mereka sendiri, dan bahagian luar awan Oort bintang-bintang yang berlainan boleh bertindan, menyebabkan kadang-kala berlakunya pencerobohan komet ke bahagian dalam sistem solar.
 
Sehingga kini, hanya satu kemungkinan awan Oort telah dijumpai; [[planetoid Sedna]]. Dengan orbit dianggarkan antara 76 sehingga 850 AU, ia adalah lebih hampir daripada jangkaan dan mungkin tergolong sebagai "dalam" awan Oort. Jika Sedna benar-benar tergolong dalam awan Oort, ini mungkin bererti bahawa awan Oort adalah lebih padat dan lebih hampir dengan Matahari berbanding yang dianggarkan sebelum ini. Pekara ini mencadangkan bahawa kemungkinan Matahari pada awalnya berfungiberfungsi seolah-olah sekumpulan bintang padat; mempunyai beberapa jiran rapat semasa pembentukan awan Oort; ini berdasarkan andaian bahawa objek yang dilontar oleh gergasi gas akan mempunyai orbit pusingan yang lebih hampir dengan matahari berbanding sekiranya ia berlaku dengan jiran yang lebih jauh.
 
<table border="1" cellspacing="0" cellpadding="3">
133

suntingan