Orang Cina seberang laut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: {{Infobox Ethnic group |group = Orang Cina Seberang Laut<br/>(海外華人/海外华人  or  外籍华人) |region1 = <span style="font-size:105%;">'''Populasi majorit...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 04:31, 27 Julai 2007

Orang Cina seberang laut merupakan orang-orang yang berketurunan Cina yang menetap di luar rantau China Raya, termasuklah Taiwan, Hong Kong dan Macau. (Ini termasuk wilayah-wilayah yang ditadbir oleh kedua-dua kerajaan yang bermusuhan; Republik Rakyat China (PRC) dan Republik China (ROC).) Tambahan pula, kerajaan ROC pernah mengurniakan para penduduk Hong Kong dan Macau dengan "Status Orang Cina Seberang Laut" sebelum pengembalian kedua-dua wilayah tersebut kepada pemerintahan Beijing, agar definasi ini bolehlah merangkumi warga-warganya. Orang-orang yang separa keturunan Cina boleh menganggap diri mereka sebagai orang Cina seberang laut.

Orang Cina Seberang Laut
(海外華人/海外华人  or  外籍华人)
Jumlah penduduk
39,379,784
Kawasan ramai penduduk
 Singapura2,684,936[1]
 Pulau Krismas, Australia1,045[2]
 Indonesia7,566,200[3]
 Thailand7,153,240[4]
 Malaysia7,070,500[5]
 Amerika Syarikat3,376,031[6]
 Kanada1,612,173[7]
 Peru1,300,000[8]
 Vietnam1,263,570[9]
 Filipina1,146,250[10]
 Myanmar1,101,314[11]
 Rusia998,000[12]
 Australia614,694[13]
 Jepun519,561[14]
 Kemboja343,855[15]
 United Kingdom296,623[16]
 Perancis230,515[17]
 India189,470[18]
 Laos185,765[19]
 Brazil151,649[20]
 New Zealand147,570[21]
 Belanda144,928[22]
 Korea Selatan137,790 [perlu rujukan][23]
 Panama+100,000
Bahasa
various
Agama
Kebanyakannya Taoisme, Buddha Mahayana, agama traidisional, dan ateisme. Juga termasuk minoriti Kristian dan Muslim.

Istilah Orang Cina seberang laut ini amatlah kabur mengenai sama ada ini merujuk kepada mana-mana kelompok etnik yang tinggal di China (definasi luas, Zhonghua minzu) atau hanya suku bangsa Han (definasi terperinci). Minoriti bangsa Korea dari China yang tinggal di Korea Selatan kini sering dianggap dalam pembancian sebagai orang Cina seberang laut, kerana etnik Korea ini juga menganggap diri mereka sebagai sebahagian bangsa China. Di Asia Tenggara, khususnya Malaysia dan Singapura, suku Peranakan digolongkan sebagai orang Cina sungguhpun telah berasimilasi secara separa ke dalam budaya Melayu.

Satu kajian yang pernah dilakukan terhadap orang Cina seberang laut menetapkan sebilangan kriteria bagi mengenal pasti orang Cina seberang laut bukan berbangsa Han: terdapat bukti keturunan daripada kelompok-kelompok yang tinggal di dalam atau berasal dari China, mereka masih mengekalkan budaya mereka, mengaitkan diri mereka dengan budaya China atau mengakui asal mereka dari China, dan bukanlah suku pribumi di tempat tinggal mereka sekarang. Menurut definasi ini, bilangan orang Cina seberang laut berkaum minoriti kira-kira 7 juta, iaitu 8.4% populasi orang Cina seberang laut menurut definasi lebih luas.[1]

Rujukan