Sekolah Tinggi Segamat: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
{{Infobox Sekolah Malaysia
|Nama Sekolah = Sekolah Tinggi Segamat
|Logo Sekolah = [[imej:Sekolah Tinggi Segamat.jpg|200px|center]]
|Moto =
|Tarikh = 1914
|TarikhRasmi = 1926
|Jenis Sekolah =
|Pengetua =
|GPK 1 =
|GPK HEM =
|GPK KOKO =
|Penyelia petang =
|Pengerusi PIBG =
|Kod sekolah =
|Bandar = [[Segamat]]
|Daerah = [[Daerah Segamat]]
|Negeri = [[Johor|Johor Darul Takzim]]
|Negara = {{MAS}}
|Kemasukan =
|Singkatan = STS
|Laman =
|Telefon =
|Faks =
|footnotes =
}}
 
'''Sekolah Tinggi Segamat''' merupakan sebuah [[sekolah menengah]] yang terletak di bandar [[Segamat]], [[Johor]]. Sekolah ini dibuka pada tahun 1926. Ia merupakan sekolah pertama dan tertua di daerah Segamat.
 
 
==Sejarah Sekolah Tinggi Segamat==
Sekolah Tinggi Segamat pada peringkat awalnya dikenali sebagai Government English School (G.E.S),kemudian dikenali sebagai Segamat Secondary English School dan Sekolah Menengah Inggeris Segamat. Sekolah ini diasakan pada tahun 1914 yang bertempat di Jalan Abdullah,Segamat.
 
Pada 1929 bangunan utama kini dibina dan pelajar mula dipindahkan pada tahun 1930. Guru besar pertama ialah En.J.C.Mc.Heyzer dan penolong kanannya ialah En.V.A. Mathew dengan pelajarnya seramai 50 orang. Sekolah ini ditubuhkan oleh pihak penjajah British. Tujuan penubuhannya ialah untuk pendidikan. Lokasi bangunan utama masih kekal hingga kini. Sekolah ini merupakan sekolah tertua dan pertama di Segamat, bagaimanapun bangunan sekolah ini belum diisytiharkan sebagai bangunan warisan sejarah.
 
Sekolah ini mempunyai keunikan tersendiri seperti reka bentuk penjajah pada bangunan utama masih kekal hingga hari ini .Gambar guru serta pelajar tahun 1926 dan juga pengetua juga ada dalam simpanan sekolah. Selain itu,padang sekolah ini ada keunikkannya iaitu air cepat diserap kerana adanya sistem saluran air bawah tanah. Bukan itu sahaja,ia juga merupakan sekolah tertua di bandar dan daerah Segamat di samping telah melahirkan ramai tokoh terkenal negara.
 
==Elemen Tradisi/Etos==
Alumni sekolah ini telah ditubuhkan,dengan membentuk jawatankuasa penaja.Penubuhan jawatan kuasa penaja ini telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 20hb Mei 2005.Perjumpaan bekas pelajar masih berjalan tetapi mengikut tahun tertentu.Ini dijalankan oleh mereka yang berada di Kuala Lumpur dan mereka juga aktif dalam kelab elit di Segamat.Sekolah ini tidak menerima sebarang sumbangan dari lembaga pengelola sekolah (Board of Goveners).Ini kerana jawatankuasa pengelola sekolah telah dibubarkan setelah pentadbiran sekolah ini diambil oleh kerajaan.Lembaga pengelola sekolah telah digantikan dengan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru(PIBG).
 
Sekolah ini berjaya melahirkan ramai tokoh politik seperti bekas Menteri Besar Johor Dato'Abdul Ajib bin Ahmad,Yang berhormat Dr.Rashid bin Mokti;dalam bidang sukan sekolah telah melahirkan pemain kriket kebangsaan iaitu En S.Yogaswaran dan Pemain hoki kebangsaan iaitu En.Paul Raj. Sekolah juga telah melahirkan ahli korporat seperti Dato'Haji Ahmad Pardas bin Senin,mantan CEO UEM Berhad(kini,Ahli Lembaga Pengarah UiTM),dan ahli perniagaan Tan Khisu.
 
Di samping itu ramai tokoh akademik juga telah dilahirkan oleh sekolah ini.Antaranya,ialah Dato'Rashid bin Ramlan,mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Tidak kurang juga jasa sekolah ini dalam melahirkan ramai pentadbir peringkat nasional seperti Dato'Dr Abd.Wahid bin Omar,Timbalan Pengarah JKR Malaysia,Datuk Dr.Zamani Md.Nor,mantan Pengarah MARA(kini Pengerusi UniKL RCMP) dan ramai lagi tokoh yang lain.
 
Bangunan Sekolah Tinggi Segamat ini dibina mengikut reka bentuk penjajah British.Reka bentuk ini masih kekal hingga kini.Ciri rekaan zaman penjajah masih dikekalkan iaitu empat pintu tanpa tingkap.
 
==Permainan Sukan Sekolah==
Permainan sukan sekolah yang menjadi tradisi ialah permainan hoki.Permainan hoki telah sinonim dengan nama Sekolah Tinggi Segamat,dan telah banyak mencapai kejayaan.Sekolah Tinggi Segamat juga amat berbangga dengan adanya padang hoki yang telah dibina semenjak zaman penjajah.Padang hoki ini mempunyai teknologi tinggi,iaitu air tidak boleh bertakung di atas padang. Jadi,inilah satu keunikan dan keistimewaan Sekolah Tinggi Segamat.
 
==Nama Dan Bilangan Rumah Sukan==
245,308

suntingan