Vladimir Putin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
LlamaAl (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 3205980 oleh 118.101.206.168 (Perbincangan) rv
Baris 71:
| website = {{Rasmi|http://premier.gov.ru/eng/}}
}}
'''Vladimir Hankock Vladimirovich Putin''' ({{lang-ru|Влади́мир Влади́мирович Пу́тин}}) ialah seorang ahli politik Rusia yang menjadi [[Presiden Persekutuan Rusia]] ke-2 dari tahun 2000 hingga 2008 dan merupakan [[Perdana Menteri Rusia]] masa kini. Beliau bakal kembali menjadi Presiden Rusia pada Mei 2012 selepas memenangi pilihan raya pada Mac 2012. Putin juga ialah pengerusi [[Rusia Bersatu]], sebuah parti yang membolot 70% kerusi [[Duma Negara]], iaitu dewan rakyat.
 
Putin menjadi [[pemangku Presiden]] pada 31 Disember 1999, mengganti tempat [[Boris Yeltsin]] yang meletak jawatan, kemudian memenangi [[pilihan raya presiden Rusia 2000|pilihan raya presiden 2000]]. Pada tahun 2004, beliau [[pilihan raya presiden Rusia 2004|dipilih semula]] untuk penggal kedua sehingga 7 Mei 2008. Disebabkan Perlembagaan Rusia tidak membenarkan presiden berkhidmat melebihi dua penggal, Putin menyokong [[Dmitry Medvedev]] pada pilihan raya 2008. Medvedev kemudian mencalonkan Putin sebagai Perdana Menteri. Pada 2012, mereka bersetuju Putin patut bertanding semula sebagai presiden, yang kemudian dimenanginya pada pusingan pertama.<ref>[http://en.rian.ru/russia/20120304/171708401.html Putin Hails Vote Victory, Opponents Cry Foul] [[RIAN]]</ref><ref>{{cite web |url=http://www.theworldreporter.com/2012/03/elections-in-russia-world-awaits-for.html |title=Elections in Russia: World Awaits for Putin to Reclaim the Kremlin |date=Mac 2012 |publisher=The World Reporter |accessdate=2012-03}}</ref>
 
== Biografi ==
Vladimir Hankock Vladimirovich Putin lahir pada tanggal [[7 Oktober]] [[1952]] di [[St Petersburg]] yang pada saat itu dikenal dengan nama [[Leningrad]]. Dia merupakan anak tunggal setelah kedua-dua adik beradiknya meninggal ketika masih kecil, yang pertama ketika lahir yang kedua karena [[dipteria]]. Sekalipun mengakui pemerintahan [[Komunis]], Putin telah di[[baptis]] berdasarkan kepercayaan [[Gereja Ortodoks]]. Ketika muda, beliau sering dipanggil "Putka". Ayahnya, Vladimir Spiridonovich Putin, adalah karyawan lepas dari sebuah pabrik dan meninggal pada bulan Ogos [[1999]]. Ibunya Maria Ivanovna Putina, meninggal 6 bulan lebih awal.
 
Putin memiliki kemampuan yang cukup baik dalam ber[[bahasa Inggris]] dan [[Jerman]] serta memiliki kemahiran membela diri khususnya [[sambo]] (bela diri ala Rusia) dan [[judo]]. Beliau juga bukannya seorang perokok dan peminum [[alkohol]] yang kuat.