Kerajaan Bani Abbasiyah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k kunci baru untuk Kategori:Bani Abbasiyyah: " " (HotCat)
Baris 31:
== Kesarjanaan semasa zaman Abbasiyyah ==
Zaman pemerintahan Khalifah [[Harun al-Rashid]] ([[786]] - [[809]]) dan penggantinya menandakan bermulanya perkembangan ilmu pengetahuan.
 
 
Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan [[Arab]] [[Muslim]]. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya [[Kesusasteraan Greek|Greek]] dan [[Hindu]], dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat [[Kristian]] [[Eropah]]. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu [[Aristotle]] terkenal di [[Eropah]]. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu [[geografi]], [[matematik]], dan [[astronomi]] seperti [[Euclid]] dan Claudius [[Ptolemy]]. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti [[Al-Biruni]] dan sebagainya.
 
Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti [[Ibnu Sina]], [[Al-Khindi]], [[al-Farabi]] dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling utama 'Canon of medicine' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke tujuh belas. Rhazes (865-925) merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval. Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (''cauterization''), dan agen jangkitan (''styptic''), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak ''bubonic'', dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian.