Lewis Hamilton: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JerichoNation (bincang | sumb.)
JerichoNation (bincang | sumb.)
Baris 75:
Hamilton memenangi [[Grand Prix Belgium 2008|Grand Prix Belgium]], bagaimanapun beliau kemudiannya dikatakan telah mendapat kelebihan yang tidak adil dengan memotong selekoh apabila beliau menggunakan jalan di sebelah kiri untuk mengelakkan dirinya daripada berlanggar dengan [[Kimi Räikkönen]].<ref>{{cite news|url=http://www.autosport.com/news/report.php/id/70405|title=autosport.com&nbsp;– F1 News: Post-race press conference&nbsp;– Belgium |work=Autosport|accessdate=4 November 2008|date=28 Mei 2013}}</ref> McLaren berkata telemetri mereka menunjukkan Hamilton telah memperlahankan keretanya untuk membiarkan Räikkönen memintasnya<ref>{{cite news|url=http://www.autosport.com/news/report.php/id/70404|title=autosport.com&nbsp;– F1 News: McLaren: No choice but to appeal|work=Autosport|accessdate=4 November 2008|date=7 September 2008}}</ref> tetapi Hamilton telah diberikan penalti masa 25 saat, sekali gus menjatuhkan beliau ke tempat ketiga. Dengan ini, pesaing utama Hamilton untuk gelaran, Massa, diberikan kemenangan. Kelebihan Hamilton dalam kejuaraan pemandu telah dirapatkan kepada dua mata, dan rayuan yang telah dibuat oleh McLaren kepada [[Majlis Sukan Permotoran Sedunia FIA]] telah ditolak atas alasan kes tersebut tidak boleh diterima.<ref>{{cite news|title=No big surprises in Paris|publisher=grandprix.com|url=http://www.grandprix.com/ns/ns20794.html|date=23 September 2008|accessdate=28 Mei 2013}}</ref>
Di [[Grand Prix Itali 2008|Grand Prix Hamilton]], Hamilton mendapat tempat ketujuh. Keputusan ini mengurangkan kelebihan Hamilton dalam kejuaraan kepada satu mata.<ref>{{cite web|url=http://www.grandprix.com/race/r799racereport.html|title=Italian GP&nbsp;– Sunday&nbsp;– Race Report: Vettel blows them away|publisher=grandprix.com|accessdate=28 Mei 2013}}</ref> Hamilton mendapat tempat ketiga pada perlumbaan seterusnya di [[Grand Prix Singapura 2008|Singapura]], manakala Massa gagal mendapat sebarang mata, dan Hamilton berada tujuh mata di hadapan Massa selepas perlumbaan ini.<ref>{{cite news|url=http://www.guardian.co.uk/sport/2008/sep/28/formulaone.lewishamilton1|title=Alonso back on form with Singapore win as Hamilton boosts title hopes|work=The Guardian |author=Briggs, Gemma|date=28 September 2008|accessdate=28 Mei 2013|location=London}}</ref> Di [[Grand Prix Jepun 2008|Fuji]], Hamilton diberikan penalti pandu-lalu kerana memaksa pemandu lain ke kawasan luar litar apabila beliau membuat kesilapan ini pada pusingan pertama. Sebelum sempat menjalani hukumnya, beliau dilanggar oleh Massa selepas pemandu Ferrari tersebut melakukan kesilapan dengan berlanggar dengan Hamilton. Massa kemudiannya diberikan penalti pandu-lalu atas kejadian tersebut. Hamilton akhirnya mendapat ke-12, bagaimanapun Massa mendapat tempat ketujuh selepas diberi satu mata tambahan selepas penalti diberikan kepada pemandu [[Scuderia Toro Rosso|Toro Rosso]], [[Sébastien Bourdais]].<ref>{{cite web|url=http://www.f1fanatic.co.uk/2008/10/12/alonso-wins-as-hamilton-and-massa-stumble-2008-japanese-grand-prix/|title=Alonso wins as Hamilton and Massa stumble (2008 Japanese Grand Prix)|work=F1 Fanatic|publisher=Keith Collantine|last=Collantine|first=Keith|date=12 Oktober 2008|accessdate=28 Mei 2013}}</ref> Ini bermakna dengan baki dua perlumbaan, Hamilton mendahului kejuaraan Dunia dengan lima mata di hadapan Massa. Di [[Grand Prix China 2013|Grand Prix China]], Hamilton menang di hadapan Felipe Massa dan Kimi Räikkönen, dan mempunyai kelebihan 7 mata dalam Kejuaraan Dunia ke perlumbaan penutup tirai musim ini. Selepas perlumbaan, Hamilton berkata, "Bagi kesemua hujung minggu, Tuhan berada di pihak kami seperti biasa, dan pasukan melakukan kerja yang luar biasa dalam menyediakan kereta, yang telah menjadi sebuah impian untuk dipandu."<ref>{{cite news|url=http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/celebritynews/3227133/Lewis-Hamilton-savours-show-of-family-unity-as-he-moves-closer-to-world-title.html|title=Hamilton savours show of family unity|work=The Daily Telegraph |location=London|first=John|last=Bingham|date=19 Oktober 2008|accessdate=28 Mei 2013}}</ref>
 
[[Fail:Hamilton Brazil 2008 celebrations.jpg|thumb|left|Hamilton dan pasukannya meraikan kemenangan kejuaraannya.]]
 
Di [[Grand Prix Brazil 2008|Grand Prix Brazil]], Hamilton perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat kelima jika Massa memenangi perlumbaan tersebut untuk memenangi Kejuaraan Dunia. Hamilton menjadi Juara Dunia Formula Satu yang paling muda selepas beliau merampas kejuaraan tersebut di selekoh yang terakhir. Pada selekoh terakhir, Hamilton memintas pemandu [[Toyota F1|Toyota]], [[Timo Glock]], untuk tempat kelima selepas Glock bergelut dengan tayar cuaca keringnya. Hamilton memenangi kejuaraan dengan kelebihan satu mata, manakala Massa memenangi perlumbaan tersebut.<ref>{{cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/motorsport/formula_one/7705230.stm|title=Last-gasp Hamilton takes F1 crown|first=Andrew|last=Benson|work=[[BBC Sport]]|publisher=[[BBC]]|date=2 November 2008|accessdate=28 Mei 2013}}</ref><ref>{{cite web|url=http://www.formula1.com/news/headlines/2008/11/8635.html|title=The Official Formula 1 Website|publisher=Formula One|accessdate=28 Mei 2013}}</ref> Ini bermakna bahawa Hamilton memenangi Kejuaraan Dunia Pemandu Formula Satu 2008, dan menjadi pemandu yang termuda untuk memenangi gelaran tersebut. Dengan ini, beliau menjadi pemandu kulit hitam pertama yang pertama untuk memenangi kejuaraan tersebut.<ref>{{cite news|url=http://www.tel
egraph.co.uk/sport/motorsport/formulaone/lewishamilton/3367873/Lewis-Hamilton-crowned-youngest-world-champion-at-Brazil-Grand-Prix-Formula-One.html|title=Lewis Hamilton keeps cool to become youngest ever world champion in rainy Brazil|work=The Daily Telegraph |location=London|first=Kevin|last=Garside|date=2 November 2008|accessdate=28 Mei 2013}}</ref> Beliau juga merupakan pemandu pertama British yang pertama untuk memenangi Kejuaraan Dunia sejak [[Damon Hill]], yang menang pada tahun {{f1|1996}}.<ref>{{cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/motorsport/formula_one/7705310.stm|title=2008 Brazilian Grand Prix|publisher=BBC|work=BBC Sport|date=2 November 2008|accessdate=28 Mei 2013}}</ref>
 
;Penderaan perkauman
Pada 4 Februari 2008, Hamilton telah didera secara lisan pada ujian pra-musim di [[Circuit de Catalunya]] di Catalonia oleh beberapa penonton Sepanyol yang memakai cat muka berwarna hitam dan rambut palsu, serta baju yang mengandungi perkataan "keluar Hamilton [sic]".<ref name="times20080204">{{cite news|url=http://www.timesonline.co.uk/tol/sport/formula_1/article3305228.ece|title=Lewis Hamilton 'saddened' by racist abuse|date=4 Februari 2008|accessdate=28 Mei 2013|work=The Times|location=London|first=Sadie|last=Gray}}</ref> Hamilton menjadi amat tidak popular di Sepanyol kerana persaingan dengan pelumba Sepanyol dan bekas rakan sepasukannya, [[Fernando Alonso]]. [[FIA]] telah memberi amaran kepada pihak berkuasa Sepanyol tentang pengulangan tingkah laku tersebut.<ref>{{cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/motorsport/formula_one/7225523.stm|title=Hamilton saddened by racist abuse|publisher=BBC|work=BBC Sport|accessdate=4 Februari 2008|date=28 Mei 2013}}</ref> Dalam reaksi terhadap tingkah laku ini, FIA mengumumkan pada 13 Februari 2008 bahawa mereka akan melancarkan kempen ''Race Against Racism'' (Menentang Isu Perkauman).<ref>{{cite web|url=http://www.formula1.com/news/headlines/2008/2/7355.html|title=The Official Formula 1 Website |publisher=Formula Satu|accessdate=28 Mei 2013}}</ref>
Tidak lama sebelum Grand Prix Brazil 2008, sebuah laman web yang dimiliki oleh cawangan Sepanyol yang berpusat di New York, iaitu agensi pengiklanan TBWA dan dinamakan "pinchalaruedadeHamilton" (pancitkan tayar Hamilton) telah dipaparkan dalam media British. Laman web ini mengandungi imej animasi [[Autódromo José Carlos Pace|Interlagos]] yang membolehkan pengguna untuk meletakkan paku di litar supaya kereta Hamilton akan memandu di atasnya. Beribu-ribu komen yang ditinggalkan sejak tahun 2007, termasuk beberapa penghinaan kaum.<ref>{{cite news|url=http://www.guardian.co.uk/media/2008/nov/01/hamilton-racism-formula-one-spain|title=Website used to abuse Lewis Hamilton owned by global ad agency|work=The Guardian |location=London|first=Giles|last=Tremlett|date=1 November 2008|accessdate=7 Mei 2010}}</ref> Bekas rakan sepasukan, Fernando Alonso, mengutuk penyokong yang bersifat perkauman.<ref>{{cite news|url=http://www.barcelonareporter.com/index.php?/news/comments/spains_f1_alonso_condemns_racism_aimed_at_hamilton/|title=The Barcelona Reporter|publisher=barcelonareporter.com|accessdate=28 Mei 2013}}</ref>
 
====2009====