Murut: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membalikkan suntingan oleh 60.53.164.127 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Addbot
Baris 27:
== Pakaian tradisional ==
<ref name=RitaStella/>
===Pakaian wanita===
;Pinongkolo
Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.
;Pipirot
Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.
;Salupai
Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.
;Sinikot
Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.
;Rarangkol
Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.
;Holong
Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.
 
===Pakaian lelaki===
;Babaru puputul
Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.
 
;Aba puputul
Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang.
;Tupi'sinulatan
Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.
 
===Motif===
Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut:<ref name=RitaStella>''An Introduction To The Traditional Costumes of Sabah'', disunting oleh Rita Lasimbang & Stella Moo-Tan, terbitan Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah, 1997</ref>
Baris 60 ⟶ 89:
[[Kategori:Kelompok etnik di Malaysia]]
[[Kategori:Orang asli Malaysia]]
Rujukan tak bagus jangan rujuk!!!