Tok Gajah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Imam Rasu bin Shahrum ''' atau juga dikenali sebagai ''Tok Gajah''', Khatib Rasu, dan Imam Perang Rasu ialah [[Orang Besar Raja]] [[Pahang]] dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang, serta penasihat utama [[Sultan Ahmad Al Muadzam Shah]], [[Sultan Pahang]], dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari [[Pulau Tawar]]. Beliau juga merupakan ketuaOrang pasukanKaya [[Sultan]]Raja dalamyang penentanganberkuasa terhadapdari penjajahBatu [[British]].Redap Toksampai Gajahke sanggupKuala menghadapipiul askar-[[askar]], Britishdari yangTanjung lengkapSakti bersenjatasampai ketikake bertindakKangsa menghalau, penjajahdari BritishPedah yangsampai hendakTanjung merampasLindung pemerintahanjuga negeriLembahan Pahang.Sungai TokBudu Gajahdi adalahLipis ayahkedudukannya kepadasetaraf [[Matdengan Kilau]],Orang [[pahlawan]]Besar [[Melayu]]Empat di [[Pahang]].
 
Beliau juga merupakan ketua pasukan [[Sultan]] dalam penentangan terhadap penjajah [[British]] bersama [[Dato Bahaman]] dan pejuang - pejuang sezamannya yang di pimpin oleh [[Tok Ku Paloh]] tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-[[askar]] British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah ayah kepada [[Mat Kilau]], [[pahlawan]] [[Melayu]] [[Pahang]].
 
Bersama-sama dengan [[Datuk Bahaman]], [[Datuk Lela]], dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah satu pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan [[Pahang]] antara tahun [[1891]] hingga tahun [[1895]]. Bersama dengan [[Wan Lingga]], Tok Gajah telah diarahkan oleh [[Bendahara]] [[Wan Ahmad]] untuk menyerang [[Maharaja Perba]] dan [[Orang Kaya Setia Lela]]. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke [[Singapura]] bagi mendapatkan khidmat [[peguam]] sebagai penasihat Sultan Ahmad.
 
Pada tahun 1892, pihak Inggeris mengeluarkan perintah tangkap pada Tok Gajah, memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantan dan Kemudian ke Hulu Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, [[Hulu Terengganu]], [[Terengganu|Terengganu Darul Iman]].
 
==Rujukan==