Miri: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Miri''' wujud disebabkan kemunculan industri minyak dan [[gas asli]] yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di [[bandar Miri]]. Semenjak itu, '''Daerah Miri''' terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum [[Miriek]] yang merupakan penduduk bumiputra Miri pada [[abad ke-16]]. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini.
[[Imej:Miri-sarawak.JPG|thumb|350px]]
Bandaraya ini terletak di bahagian Utara [[Sarawak]], dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara [[Brunei Darussalam]]. Keluasan bandaraya Miri ialah 977.43 km persegi. Ia mempunyai kira-kira 250350 ribu orang penduduk terdiri daripada kaum [[Tionghoa|Cina]], [[Iban]], [[Melayu]], [[Melanau]], [[India]], [[Kayan]], [[Kenyah]], [[Kelabit]], [[Penan]], [[Bidayuh]], [[Kedayan]] , [[Lun Bawang|Lun Bawang/Lun Dayeh]] dan lain-lain lagi.
Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar [[Miri]] semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Hal ini menjadikan Miri sebagai salah satu tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri keindahannya. Mencari gali minyak masih diteruskan tetapi lebih tertumpu di persisiran pantai Miri.