Umar bin Al-Khattab: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 4 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q8467
Baris 5:
Saidina Umar dilahirkan di [[Makkah]]. Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke [[Syam]] membawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.
 
== RingkasanRiNgKaSaN =) ==
Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat [[al-Quran]] . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: ''Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar''. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : ''Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar''