Taoisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stevenpaul 1981 (bincang | sumb.)
Stevenpaul 1981 (bincang | sumb.)
Baris 12:
 
== Gambaran keseluruhan ==
Dari segi etimologi Perkataan Taosime adalah berasal dari kata akar “Tao” yang diterjemahkan dari perkataan Bahasa Cina “Dao” (道) yang erti hurufiahnya bermaksud “jalan” atau “cara”. Walaupun begitu, makna budayatafsiran perkataan "Dao" sebenarnya sangat luas, khususnya dalam bidang falsafah Cina yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan orang Cina sejak dahulu lagi. Taoisme pada asasnya adalah satu aliran pemikiran dalam falsafah Cina. Pada masa yang sama Taoisme dipraktikkan sebagai satu bentuk agama dalam masyarakat Cina. Dengan itu wujud apa yang dikatakan sebagai mazhab dao (bahasa Cina: daojia 道家)iaitu taoisme dari segi falsafah dan agama dao(Bahasa Cina: Daojiao 道教)iaitu dari segi agama.
Istilah ''"Taoisme"'' dalam perkataan [[bahasa Inggeris]] telah digunakan untuk menterjemahkan istilah ''Daojiao'' (道教) dan ''Daojia'' (道家). Aksara ''[[Tao]]'' 道 (atau ''Dao'', tergantung kepada [[skim perumian]] yang disukai) membawa maksud harfiah "laluan" atau "cara", tetapi dalam [[agama Cina|agama]] dan [[falsalah Cina]], aksara-aksara itu mempunyai maksud-maksud yang lebih abstrak. Perkataan majmuk ''Daojiao'' merujuk kepada Taoisme sebagai sebuah agama (iaitu orang yang bersembahyang di tempat pemujaan), manakala ''Daojia'' merujuk kepada kegiatan-kegiatan cendekiawan dalam bidang kajian mereka yang berdasarkan "Tao" atau "dao" . Bagaimanapun, pembezaan ini masih menimbulkan perbalahan, dan penuh dengan kesulitan pentafsiran.