Parti Komunis Malaya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 113.210.11.55 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 10:
[[MPAJA]] yang juga dikenali sebagai Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada 20 April 1930. Yang pada awalnya bekerjasama dengan pihak British untuk menentang pendudukan Jepun berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940, mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan [[Jepun]].
 
Menerusi [[MPAJA]], bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari [[United Kingdom|British]]. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera [[MPAJA]] dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak [[United Kingdom|British]] dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Manakala dari segi penglibatan negara luar pula, <nowiki>Parti Kuomintang dari China memainkan peranan yang penting untuk menyebarkan perfahaman komunis ke Tanah [[Melayu]]</nowiki>. Cawangan Kuomintang di [[Tanah Melayu]] diharamkan oleh British. Walau bagaimanapun, golongan komunis di [[Tanah Melayu]] menubuhkan Parti Komunis Nanyang tetapi diharamkan pada tahun 1930 kemudian menubuhkan pula Parti Komunis Malaya.
 
Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di [[Tanah Melayu]]. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan [[MPAJA]] untuk menentang [[Jepun]]. [[MPAJA]] mendapat sokongan daripada orang Cina[http://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoa].