Pisang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ma Hzi Wong (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.161.43 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri
Baris 18:
 
== Penamaan kultivar ==
Kebanyakan pisang yang dimakan hari ini merupakan keturunan daripada ''[[Musa acuminata]]'' dan ''[[Musa balhhbisianabalbisiana]]''. Genom yang disumbangkan ''Musa acuminata'' diberi simbol A, manakala genom sumbangan ''Musa balbisiana'' diberi simbol B. Persilangan alamai kedua jenis spesies ini menyebabkan pelbagai jenis subspesies pisang. Pengaruh genom B terutama terlihat pada kandungan tepung pada buah yang lebih tinggi. Secara umum, genom A menyumbang ke arah buah makan (pisang), sementara genom B ke arah buah pisang olah/masak (plantain). Hibrid ''M. acuminata'' dengan ''M. balbisiana'' ini dikenal sebagai ''M. ×paradisiaca''.
 
Mengikuti anjuran Simmonds dan Shepherd yang karyanya diterbitkan pada tahun 1955, pengelasan pisang kultivar sekarang menggunakan nama-nama gabungan genom ini sebagai nama [[kelompok kultivar]]. Sebagai contoh, untuk pisang serendah, disebut sebagai ''Musa acuminata'' (Kelompok AAA) subkelompok 'Dwarf Cavendish'. Di bawah kelompok masih dimungkinkan pembagian dalam subkelompok. Lihat rencana ''[[Musa]]'' untuk pembahasan lebih mendalam.