Pertubuhan Pembebasan Palestin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 8:
 
Menurut laporan Perkhidmatan Perisikan Jenayah Negara [[United Kingdom]], PLO mempunyai aset bernilai sebanyak [[AS]]$8 bilion dan pendapatan tahunan sebanyak &1.5 bilion melalui dermaan, pemerasan, perdagangan senjata haram, pengedaran dadah, pemindahan wang haram, penipuan dan sebagainya. Akhbar harian ''Daily Telegraph'' dari UK juga menyatakan PLO mempunyai %50 bilion dalam pelaburan rahsia di seluruh dunia.<ref>Rachel Ehrenfeld, [http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m1282/is_14_54/ai_88990523 And a Thief, Too: Yasser Arafat takes what he likes], ''National Review'', [[July 29]], [[2002]]. Accessed online 5 December 2006.</ref>
 
PLO merupakan pemerhati dalam [[Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu]].
 
==Struktur==
Baris 23 ⟶ 25:
*Barisan Perjuangan Popular Palestin
*Barisan Arab Palestin
 
==Sejarah==
===Penubuhan===
Idea pemubuhan satu pertubuhan mewakili penduduk Palestin dicetuskan dalam persidangan [[Liga Arab]] [[Kaherah]] pada [[1964]]. PLO ditubuhkan pada [[2 Jun]] [[1964]]. Dalam pemasyhuran pertubuhan menyatakan hasrat memperjuangkan "''hak penduduk berbangsa Arab Palestin kembali ke tanah air suci mereka dan mengesahkan keperluan berjuang untuk membebaskan tanah air yang dirampas, keazaman menonjolkan semangat revolusi mereka serta pemobilisasian segala kebolehan, kuasa material, ketenteraan dan rohani.''"<ref> [http://www.palestine-un.org/plo/doc_three.html Statement of Proclamation of the Organization], Palestine Liberation Organization, Jerusalem, 28 May 1964. Online on the site of the Permanent Observer Mission of Palestine to the United Nations. Accessed 5 December 2006.</ref>
 
Piagam awal PLO juga menyatakan "Dakwaan bahawa wujudnya hubungan sejarah dan rohani antara penduduk [[Yahudi]] dan Palestin adalah bercanggah dengan fakta sejarah ataupun asas benar sebuah negara yang kukuh... Orang Yahudi bukanlah masyarakat yang mempunyai keperibadian yang merdeka (maknanya bukan satu bangsa yang benar) kerana mereka hanya warganegara kepada negara mereka."<ref>[http://www.palestine-un.org/plo/pna_two.html The Palestinian National Charter], Adopted in 1964 by the 1<sup>st</sup> Palestinian Conference. Online on the site of the Permanent Observer Mission of Palestine to the United Nations. Accessed 5 December 2006.</ref>
 
===Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PLO===
*[[Ahmed Shukeiri]] ([[10 Jun]] [[1964]] - [[24 Disember]] [[1967]]
*[[Yahya Hammuda]] ([[24 Disember]] [[1967]] - [[2 Februari]] [[1969]])
*[[Yasser Arafat]] ([[2 Februari]] [[1969]] - [[11 November]] [[2004]])
*[[Mahmoud Abbas]] ([[11 November]] [[2004]] - kini)
 
===Pimpinan Yasser Arafat===
Kekalahan [[Syria]], [[Jordan]] dan [[Mesir]] dalam [[Perang Enam Hari]] telah menjejaskan kredibiliti negara-negara "penaung" penduduk Palestin dan juga melemahkan pengaruh [[Gemal Abdel Nasser]]. Yasser Arafat, seorang pejuang gerila, telah mengambil kesempatan menyekat pengaruh luar terhadap PLO. Dalam persidangan 1969, parti [[Fatah]]nya berjaya menguasai badan-badan eksekutif PLO. Arafat dilantik sebagai pengerusi pada [[3 Februari]] [[1969]].
 
===Program Sepuluh Isi===
PLO melancarkan "Program Sepuluh Isi" pada 1974 yang menyeru penubuhan satu badan berkuasa "yang memerintah kawasan Palestin yang dibebaskan" dan berniat "meneruskan pembebasan segala wilayah Palestin". Program itu mengakui pembebasan Palestin mungkin tidak melibatkan seluruh tanah Palestin, dan walaupun menekankan perjuangan bersenjata, program ini tidak mengecualikan cara-cara lain pembebasan.
 
===Perang Suadara Lubnan===
PLO terlibat secara langsung dalam [[Perang Suadara Lubnan]] dalam 1970-an hingga 1990. PLO berperang dengan militia [[Kristian|Maronite]], kemudian Israel dan kemudian [[Gerakan Amal]] (militia [[Syiah]] yang sendiri menentang [[Hezbollah]]). Pada 1985-88, militia Amal telah menyerang kem penduduk pelarian Palestin di [[Lubnan]] untuk menangkap penyokong-penyokong Arafat. seramai 3000 penduduk telah mati akibat serangan-serangan tersebut. Pada 1982, PLO terpaksa berpindah ke [[Tunisia]] selepas pencerobohan tentera Israel terhadap Lubnan.
 
===Intifada Pertama===
Intifada Pertama tercetus pada 1987, dan mengejutkan PLO yang masih berada di Tunisia. PLO tidak terlibat secara langsung dalam intifada ini, kerana berada di luar negeri. ,<ref>[http://www.socialistworld.net/eng/2004/11/11arafat.html Yasser Arafat obituary], socialistworld.net (Committee for a Worker’s International) 11 November 2004. Accessed 5 December 2006.</ref> Pada 1988, Raja Hussein dari [[Jordan]] mengisytiharkan pemisahan [[Tebing Barat]] dari Jordan, PLO telah mengisytiharkan kemerdekaan "Negara Palestin" (''State of Palestine'') di [[Algiers]]. ''State of Palestine'' masih tidak wujud sehingga hari ini. Sebulan kemudian, Arafat mengiktiraf kemerdekaan Israel secara tidak langsung dalam menyokong Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242, yang diluluskan untuk menghentikan konflik antara Israel, Mesir, Jordan dan Syria. Hasratnya sekarang adalah untuk menubuhkan negara Palestin di Tebing Barat dan [[Gaza]]. Pada masa inilah, [[Amerika Syarikat]] memulakan hubungan diplomatik dengan PLO.
 
===Perjanjian Oslo===
Pada 1993, PLO telah mengadakan rundingan secara rahsia dengan pihak Israel. [[Perjanjian Oslo]] ditandatangani pada [[20 Ogos]] [[1983]] antara Arafat dan [[Yitzhak Rabin]]. Israel menyerahkan kuasa pentadbiran [[Jalur Gaza]] dan [[Jericho]] kepada penduduk Palestin melalui [[Pihak Berkuasa Palestin]] (PA). Arafat dipilih menjadi Presiden PA pada [[Januari]] [[1996]] dalam pilihan raya. Ibu pejabat PLO telah berpindah ke [[Ramallah]] di Tebing Barat.
 
Berikutan itu, PLO telah menegaskan pendiriannya bahawa Israel mempunyai hak untuk merdeka walaupun PLO telah meneruskan serangan terhap Israel selepas Perjanjian Oslo. Namun, penduduk Israel masih bimbang akan kemampuan PLO mendirikan sebuah negara sebelum menyusun semula organisasi diri dan juga menolak keganasan.
 
==Lihat juga==
*[[Palestin]]
*[[Pihak Berkuasa Palestin]]
*[[Perang Arab-Israel 1948]]
*[[Perang Enam Hari]]
*[[Hamas]]
 
==Pautan luar==
*[http://www.nad-plo.org/ Jabatan Hal Ehwal Perundingan PLO]
*[http://www.un.int/palestine/ Misi Pemerhati Palestin di PBB]
*[http://www.fateh.net/ Fatah]
*[http://www.yale.edu/lawweb/avalon/mideast/plocov.htm Piagam Kebangsaan Palestin]
 
==Rujukan==