Skandal Watergate: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Skandal Watergate''' adalah skandal politik yang berlaku dalam tahun 1970an akibat daripada tindakan pecah masuk ke dalam ibu pejabat [[Jawatankuasa Demokrat Kebangsaan]] di [[kompleks pejabat Watergate]] dan cubaan pentadbiran [[Presiden Amerika Syarikat|Presiden]] [[Richard Nixon]] menutup penglibatannya hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan.
Presiden Nixon telah cuba menutup skandal ini selama dua tahun. Skandal ini akhirnya membawa kepada perletakan jawatannya sebagai presiden pada [[9 Jun]] [[1974]]. Beliau merupakan satu-satunya presiden Amerika Syarikat yang meletakkan jawatan.
 
Perkara ini bermula dengan penangkapan lima orang lelaki kerana memecah masuk ibu pejabat Jawatankuasa Demokrat Kebangsaan (DNC) di kompleks Watergate pada 17 Jun 1972. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berjaya menghubungkan wang tunai yang ditemui pada pencuri kepada dana yang digunakan oleh Jawatankuasa untuk Pilihan Raya Semula Presiden, iaitu sebuah organisasi rasmi kempen Nixon. Pada bulan Julai 1973, disebabkan semakin banyak bukti terhadap kakitangan presiden, termasuk testimoni yang diberikan oleh bekas kakitangan dalam penyiasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Senat Watergate, mendedahkan bahawa Presiden Nixon mempunyai sistem pita rakaman di pejabat dan dia telah merekodkan banyak perbualan. Rakaman daripada pita ini mengaitkan presiden, mendedahkan dia cuba untuk menutup kejadian yang meragukan (dan melanggar undang-undang) yang berlaku selepas pecah masuk. Selepas beberapa siri perbicaraan mahkamah yang panjang dan hebat, Mahkamah Agung Amerika Syarikat sebulat suara memutuskan bahawa presiden perlu menyerahkan pita kepada penyiasat kerajaan; yang kemudian dipatuhi olehnya.
 
== Pecah masuk ==