Skandal Watergate: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Presiden Nixon cuba menutup skandal ini selama dua tahun. Skandal ini akhirnya membawa kepada perletakan jawatannya sebagai presiden pada [[9 Jun]] [[1974]]. Dia merupakan satu-satunya presiden Amerika Syarikat yang meletakkan jawatan.
 
Perkara ini bermula dengan penangkapan lima orang lelaki kerana memecah masuk ibu pejabat Jawatankuasa Demokrat Kebangsaan (DNC) di kompleks Watergate pada 17 Jun 1972. Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) berjaya mengaitkan wang tunai yang ditemui pada pencuri kepada dana yang digunakan oleh Jawatankuasa untuk Pilihan RayaPemilihan Semula Presiden (CREEP), iaitu sebuah organisasi rasmi kempen Nixon. Pada bulan Julai 1973, disebabkan semakin banyak bukti, termasuk testimoni yang diberikan oleh bekas kakitangan dalam penyiasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Senat Watergate, mendedahkan bahawa Presiden Nixon mempunyai sistem pita rakaman di pejabat dan dia telah merekodkan banyak perbualan. Rakaman daripada pita ini mengaitkan presiden, mendedahkan dia cuba untuk menutup perkara-perkara yang meragukan (dan melanggar undang-undang) yang berlaku selepas pecah masuk.
 
Selepas beberapa siri perbicaraan mahkamah yang panjang dan memenatkan, Mahkamah Agung Amerika Syarikat sebulat suara memutuskan bahawa presiden perlu menyerahkan pita kepada penyiasat kerajaan; yang kemudian dipatuhi olehnya.