Skandal Watergate: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 16:
Kejadian ini dilakukan pada [[17 Jun]] [[1972]]. Tindakan ini adalah untuk mencuri maklumat daripada [[Parti Demokrat (Amerika Syarikat)|Parti Demokrat]] dan memintas sistem komunikasi Parti Demokrat. Presiden Nixon adalah daripada [[Parti Republik (Amerika Syarikat)|Parti Republik]].
 
Kejadian pecah masuk Watergate disebabkan persaingan hebat politik 1960-an. Menjelang tahun 1972, ketika Presiden Nixon masuk bertanding untuk dipilih semula sebagai presiden, Amerika Syarikat terlibat dalam Perang Vietnam (1955-1975) dengan perpecahan dalam negara yang mendalam. Dalam suasana politik yang teruk seperti itu, kempen presiden memerlukan taktik agresif pengintipan haram. Pada bulan Mei 1972, ahli-ahli Jawatankuasa Pemilihan Semula Presiden (dikenali sebagai Creep) memecah masuk ke ibu pejabat Jawatankuasa Kebangsaan Demokratik di Watergate, serta mencuri salinan dokumen-dokumen rahsia dan memasang alat pengintipan pada telefon.
 
Pemasangan alat pengintipan telekomunikasi gagal berfungsi dengan baik. Jadi pada 17 Jun kumpulan pemecah masuk itu kembali ke bangunan Watergate. Ketika mereka bersiap sedia untuk memecah masuk ke dalam pejabat dengan alat pengintipan baru, seorang pengawal keselamatan menyedari kehadiran mereka di dalam bangunan. Pengawal itu menghubungi polis, yang tiba tepat pada masanya untuk menangkap mereka.