Skandal Watergate: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 41:
 
Nixon bertungkus-lumus untuk melindungi pita-pita itu semasa musim panas dan luruh tahun 1973. Peguamnya berhujah bahawa keistimewaan eksekutif presiden membenarkan Nixon untuk menyimpan pita-pita itu, tetapi Sirica, jawatankuasa Senat dan pendakwa khas bebas Archibald Cox berazam untuk mendapatkan pita-pita itu. Apabila Cox enggan menyerah kalah untuk mendapatkan pita-pita rakaman itu, Nixon mengarahkan bahawa Cox dipecat, yang membawa perletakan jawatan beberapa pegawai Jabatan Kehakiman sebagai tindakan protes. Akhirnya, Nixon bersetuju untuk menyerahkan beberapa pita tetapi tidak kesemuanya.
 
Pada awal tahun 1974, usaha-usaha menutup skandal menunjukkan kegagalan. Pada 1 Mac, juri yang dilantik oleh seorang pendakwa khas yang baru mendakwa tujuh bekas pembantu Nixon atas pelbagai tuduhan yang berkaitan dengan skandal Watergate. Juri yang tidak pasti jika mereka boleh mendakwa presiden menamakan Nixon salah seorang "pengomplot bersama yang tidak didakwa"
 
[[Kategori:Skandal politik Amerika Syarikat]]