Alexander Agung: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
Pejuang bahasa (bincang | sumb.)
Baris 48:
Dari 332 SM sehingga 331 SM, Iskandar dialu-alukan sebagai pembebas dalam [[Sejarah Mesir Yunani dan Rom|Mesir]] dan baginda diisytiharkan sebagai anak Zeus oleh pendeta-pendeta Amun, dewa Mesir, di tempat keramat dewa itu yang terletak di [[Siwa]] di gurun Libya. Iskandar mengasaskan [[Alexandria]] (Iskandariah) di Mesir yang kemudian menjadi ibu kota yang makmur untuk [[Dinasti Ptolemy]] selepas kemangkatannya. Selepas meninggalkan Mesir, Iskandar menuju ke arah timur ke [[Assyria]] (kini [[Iraq]] utara) dan menewaskan Darius dan angkatan tentera Parsi yang ketiga di [[Perang Gaugamela]]. Darius terpaksa melarikan diri selepas pemandu ratanya dibunuh, dan Iskandar mengejarnya hingga ke[[Arbela]]. Sewaktu Darius lari melintasi gunung-ganang ke [[Ecbatana]] ([[Hamadan]] moden), Iskandar menuju ke [[Babylon]].
 
Dari Babylon, Iskandar pergi ke [[Susa]] yang merupakan salah satu ibu kota [[Achaemenid]], dan menawan perbendaharaannya. Dengan menghantar sebahagian besar angkatan tenteranya ke [[Persepolis]], ibu kota Parsi, melalui [[RoyalJalan RoadDiraja]], Iskandar menawan Genting Parsi (di [[Gunung-ganang Zagros]] moden), dan kemudiannya memecut ke [[Persepolis]] sebelum perbendaharaannya dirampas. Iskandar membenarkan angkatan-angkatan Liganya untuk merampas Persepolis. Kebakaran terjadi di bahagian timur istana [[Xerxes]] dan merebak ke seluruh bandar. Tidak diketahui adakah kebakaran itu merupakan kemalangan mabuk ataupun tindakan sengaja yang diambil sebagai membalas dendam bagi kebakaran [[Akropolis Athen]] sewaktu [[Perang-perang Greco-Parsi Wars|Perang Parsi Kedua]]. Buku ''Arda Wiraz'' yang merupakan karya Zoroaster yang disusun pada abad ke-3 atau ke-4, juga menggambarkan arkib-arkib yang mengandungi "semua [[Avesta]] dan Zand yang ditulis di atas kulit-kulit lembu, dan dengan dakwat emas" telah dimusnahkan; bagaimanapun, kenyataan ini sering diterima oleh para cendekiawan dengan sedikit skeptisisme, kerana secara amnya, Avesta telah dianggap selama berabad-abad bahawa ia diturunkan secara lisan oleh puak [[Magi]].
[[Imej: AlexMos.jpg|thumb|450px|Mozek Pompei yang menggambarkan Iskandar bertempur dengan Darius di [[Perang Issus]].]]