Jerebu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 10:
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."
 
Di Amerika Syarikat dan di tempat lain, istilah "jerebu" dalam kesusasteraan meteorologi umumnya digunakan untuk mewakili aerosol jenis basah yang mengurangkan-penglihatan. Aerosol seperti itu biasanya timbul hasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan takungan alirankeheningan udara. Satu komponen halus aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya dari bahan yang dikeluarkan oleh pokok, seperti terpenes . Bagi kesemua sebab-sebab ini, jerebu basah cenderung untuk wujud kebanyakannya sebagai fenomena musim panas lembab. Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-ribu kilometer mampu terhasil dalam keadaan yang sesuai pada setiap musim panas.
 
== Indeks Pencemaran Udara ==
 
=== Indeks Pencemaran Udara ===
 
 
 
 
== Indeks Pencemaran Udara ==
Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan [[ozon]]. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:
{|
Baris 37 ⟶ 33:
| Lebih 501 || ''Darurat''
|}
 
=== Pencemaran udara ===
Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.
 
Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan. <ref>[http://www.haze-online.or.id/ ASEAN action hazeonline]</ref>
 
== Masalah kesihatan ==