Perbezaan antara semakan "Perang Uhud"

62 bait ditambah ,  7 tahun lalu
== Peperangan ==
[[Fail:Battle of Auhad.gif|300px|thumb|Peta pertempuran, menunjukkan kedudukan dan pergerakan Muslim dan Musyrikin]]
Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik [[Quraisy]]. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan [[Uhud]] walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14 orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal.
 
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, [[Khalid bin al-Walid]] ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut, tentera [[Islam]] terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan [[Nabi Muhammad s.a.w.]] telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
1

suntingan