Abu Hanifah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 183.171.161.190 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Aurora
Baris 26:
Beliau sempat belajar dengan beberapa orang sahabat [[Nabi Muhammad]] s.a.w. termasuklah [[Anas bin Malik]], [[Abdullah bin Abi Aufa]], [[Sahal bin Abi Saad]], [[Abdullah bin Al-Harith]] dan [[Abdullah bin Anas]]. Kecintaan beliau terhadap [[ilmu]] telah membawa beliau untuk menuntut ilmu dengan 200 orang ulama termasuk para sahabat dan tabiin. Ilmu yang dipelajari beliau termasuklah ilmu tauhid, ilmu [[al-Quran]], dan ilmu [[hadis]] selain mahir dalam bidang [[sastera]]. Beliau pernah berguru dengan [[Hamad bin Sulaiman]] selama 20 tahun sebelum mengambil alih tempat gurunya itu setelah gurunya itu meninggal dunia.
 
== Sumbangan ==
--[[Khas:Sumbangan/183.171.161.190|183.171.161.190]] 04:34, 26 Jun 2013 (UTC)--[[Khas:Sumbangan/183.171.161.190|183.171.161.190]] 04:34, 26 Jun 2013 (UTC)== Sumbangan ==
 
Beliau banyak menghabiskan masa di [[masjid]] untuk menyampaikan ilmu pengetahuan tertutama berkenaan bidang agama kepada orang ramai. Beliau juga terkenal dengan kebijaksanaan beliau dalam membezakan hadis sahih dan juga sebaliknya kerana beliau sangat berhati-hati dalam menentukan sesuatu hukum mengikut martabat hadis. Imam Abu Hanifah terkenal sebagai ahli fikir dalam [[Islam]] kerana menggunakan akal fikirannya dalam memutuskan sesuatu hukum apabila hikum tidak terdapat di dalam [[al-Quran]]. Berbekalkan kebolehan yang dimiliki beliau, belia berjaya menyusun ilmu-ilmu berkenaan hukum fikah sehingga menjadi bab-bab seperti yang terdapat pada masa kini dan beliau merupakan ulama pertama yang menyusun kitab fikah secara tersusun mengikut bab dan fasal. Beliau juga menyusun kitab “Al-Faraid” (harta pusaka) dengan lengkap. Cara pemikiran beliau mempengaruhi anak-anak muridnya yang menyebarkan ilmu mengikut aliran pendapat melalui kuliah dan penulisan. Beliau acapkali menegah murid-muridnya bertaklid tetapi menggalakkan menggunakan akal fikiran mengenai sesuatu hukum dan menegah umat Islam beramal dengan perkara-perkara bidaah dalam ibadat.