Nasi himpit: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemaskini
Aurora (bincang | sumb.)
gabung Nasi kapit
Baris 1:
[[Imej:YosriNasiHimpit.jpg|thumb|right|Nasi himpit]]
 
'''Nasi himpit''' atau '''nasi kapit''' merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari [[beras]] yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia merupakan sejenis makanan yang dibuat daripada [[nasi]] yang ditekan atau dilenyek di dalam bekas sehingga membentuk ketulan besar. Hasil akhirnya hampir sama dengan ketupat nasi. Ia juga sering dimakan bersama hidangan [[sate]] atau [[soto]].
 
==Nama==
Asal nasi kapit adalah merujuk kepada cara pembuatannya, di mana nasi dikapit (berada di antara) pemberat. Nama lainnya nasi himpit juga merujuk kepada cara pembuatannya, di mana nasi yang telah dimasak dihimpit di bawah pemberat (biasanya di bawah batu penggiling)
 
== Penyebaran ==
Nama nasi kapit adalah popular di sebelah pantai timur, [[Malaysia]]. Di tempat lain, ia dikenali sebagai nasi himpit. Pada waktu biasa, ia biasanya digantikan dengan ketupat, tetapi apabila diperlukan dengan banyak, barulah nasi kapit ini dibuat. Pada masa kini, ie lebih banyak diganti dengan ketupat yang dihasilkan dalam plastik kerana lebih mudah dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Bagaimanapun, ia masih boleh dibuat di rumah dengan mudah.
 
==Dalam budaya popular==
Nasi kapit lebih popular sebagai makanan pada hari perayaan seperti [[Hari Raya Aidilfitri]] atau pada [[Hari Raya Aidiladha]]. Ia biasanya dihidangkan bersama soto atau sambal daging/ayam/ikan/hitam atau satay. Bagaimanapun ia kadang-kala digantikan dengan ketupat nasi kerana lebih mudah dibeli dari dibuat. Sebagai nasi, ia amat mengenyangkan.
 
== Lihat juga ==
* [[Ketupat]]
 
==Rujukan==
{{Reflist}}
 
[[Kategori:Masakan Malaysia]]