Juara Lagu Kategori Balada: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 163:
* [[Adibah Noor]] merupakan pemenang tertua kategori ini iaitu pada usia 36 tahun.
* Kesemua lagu yang menang adalah lagu solo, kecuali pada tahun 2004 lagu "[[Pulangkan]]" oleh [[Misha Omar]] bertanding secara solo biarpun mempunyai bahagian penampilan vokal dasar oleh penyanyi latar Izzad Izuddin.
* Lagu "[[Ku Seru]]" (2006) merupakan satu-satunya lagu sekuel yang layak ke AJL. Lagu ini disambung dari lagu "[[Pulangkan]]" yang bertanding dan menang pada 2004. Lagu ini juga merupakan satu-satunya lagu yang disampaikan oleh seorang penyanyi menerusi persembahan dua watak dalam satu lagu. Kebiasaannya lagu sebegini disampaikan secara duet, tetapi "Ku Seru" memilih untuk memberikan kedua-dua watak dalam lagu tersebut kepada penyanyi solonya [[Misha Omar]] sebagaimana dua watak tersebut diperan oleh aktres [[Maya Karin]] dalam versi filemnya. Ramai beranggapan lagu "Nian Di Hati" (2000) oleh Siti Nurhaliza sebagai sekuel kepada lagu "Purnama Merindu", namun kedua-dua lagu tersebut tidak ditulis oleh penulis lirik yang sama.
* [[Anugerah Juara Lagu 2007|Edisi ke 22 pada 2007]] menyaksikan 85% lagu yang bertanding terpaksa menggunakan penyanyi gantian. Hanya Fazli Zainal merupakan penyanyi asal manakala [[Jaclyn Victor]] sebagai penyanyi asal "Ceritera Cinta" digandingkan dengan pasangan pengganti iaitu Lah Ahmad ekoran penyanyi asal Rio Febrian berada di Indonesia. Turut tidak dapat membuat persembahan kerana berada di Indonesia adalah Kaer Azami yang diganti Sahri. Manakala penyanyi Faizal Tahir hadir sebagai penonton apabila digam daripada muncul di kaca TV ketika dua buah lagu nyanyiannya terpaksa diganti oleh dua penyanyi lain. Sahri menjadi penyanyi gantian pertama memenangi kategori ini.
* Adnan & Azlan Abu Hassan merupakan adik beradik pertama yang pernah memenangi kategori ini menerusi lagu ciptaan masing-masing, sementara hanya Ziana & Anuar Zain merupakan adik beradik yang bertanding dalam kategori ini menerusi lagu masing-masing. Komposer Jari Idris dan adiknya [[Adilla Idris]] pula pernah bertanding pada tahun yang sama iaitu 1994, tetapi Adilla ketika itu penyanyi gantian kepada Iklim dan Jari pula bertanding sebagai komposer.