Nujum Pa' Blalang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 2 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q267310
Baris 34:
 
===Pak Belalang Ahli Nujum Negara===
Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah menidurkan seluruh Istana Negeri Beringin Rendang lalu mencuri harta istana termasuk [[syiling]] [[emas]], rantai kepunyaan Puteri Si Bujur Sirih dan Mahkota milik Sultan Shahrul Nizam ibni Sultan Malik Shah. Selepas seluruh isi istana sedar, Sultan telah murka dan kemudian Penghulu menyatakan tentang kebolehan Pak Belalang sebagai nujum. Pak Belalang telah dibawa ke istana dan diperintahkan untuk mencari tempat harta tersebut disembunyikan. Seperti biasa, Pak Belalang tidak dapat melakukan apa-apa dan meminta untuk meminta masa itu. Sebagai balasan sekiranya Pak Belalang tidak menemui harta tersebut, baginda Sultan akan memancung Pak Belalang dan memenjarakan Penghulu.
 
Pak Belalang pulang dan melarikan diri mencari jalan. Pak Belalang telah bersembunyi di dalam sebuah gua di Bukit Tunggal dan secara kebetulan terdengar Badan dan Nyawa mengira-gira harta istana. Pak Belalang mengugut mereka sebagai "penunggu gua" dan menyuruh mereka meninggalkan harta tersebut suppayasupaya tidak mati. Sementara itu, Belalang telah dibawa menghadap Sultan untuk menggantikan Pak Belalang yang tiada di rumah tentang khabar harta istana. Belalang memberitahu helah bahawa bapanya ke "Gunung Cinerama" (katanya di [[Jepun]]). Sultan menemui bekalan yang dipegang Belalang da dihelahkannya bahawa bekalan itu untuk 'jin lapar'. Disebabkan Sultan tahu bahawa semuanya hanya temberang, Sultan ingin menghukum Belalang. Mujur Pak Belalang muncul dan dapat memberitahu kedudukan harta istana itu tersembunyi (oleh 'jin miskin'). Pak Belalang memberitahu, untuk memasuki gua tersebut, hanya empat orang sahaja yang dibenarkan untuk memasuki gua iaitu Sultan, Permaisuri, Perdana Menteri dan Puteri. Mereka juga perlu masuk ke dalam dengan cara merangkak dan tidak dibenarkan berdiri. Mereka dibawa ke sana dan memasuki gua tersebut (sambil mengikut syarat Pak Belalang).
 
Setelah berpuas hati dengan 'kebolehan dan hasil tilikan' Pak Belalang, Sultan melantik beliau sebagai Ahli Nujum Negara.