Abdullah Ayub: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Brorino (bincang | sumb.)
sumber diambil dari arkib negara
Brorino (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Kerjaya '''Tun Abdullah''' dalam pentadbiran bermula apabila beliau diterima masuk sebagai Pegawai Pelatih ''(Probationer Of cer)'' Malayan Civil Service (M.C.S) pada 5 Januari 1954 dan ditempatkan sebagai Penolong Pesuruhjaya Buruh di Pejabat Buruh Selangor.
 
Selepas lulus Pengajian Bahasa Cina, '''Tun Abdullah''' telah ditempatkan di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Hal EhawlEhwal Dalam Negeri sebagai Setiausaha Sulit kepada Y.T.M. Tunku Rahman Putra mulai Ogos 1956. Beliau telah ditukarkan pula ke Kementerian Dalam dan Keadilan untuk membantu menyediakan persiapan perayaan Hari Merdeka dan Pertabalan Yang di-Pertua Agong yang pertama pada 31 Ogos 1957. '''Tun Abdullah''' kemudian telah dihantar untuk mengikuti Kursus Pentadbiran Awam di Universiti Cambridge, England selama setahun dari tahun 1958 hingga 1959.
 
Sekembalinya '''Tun Abdullah''' dari England, beliau telah ditugaskan di Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat sebagai Ketua Penolong Setiausaha dan selepas itu ke Jabatan Perdana Menteri dan akhirnya ditukarkan ke Perbendaharaan di awal tahun 1961. Tun Abdullah mempunyai kerjaya yang lama di Perbendaharaan iaitu hampir 15 tahun (1961-1972, 1974-1978). Di dalam tempoh itu, beliau telah memegang beberapa jawatan penting di dalam kementerian dan telah dinaikkan pangkat daripada Tingkatan Tertinggi H hingga Turus A. Beliau telah menjadi Ahli Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Negara (N.D.P.C.) selama beberapa lama dan kemudian menyandang jawatan pengerusinya.