Maktab Sultan Abu Bakar: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
k Membalikkan suntingan oleh 14.1.193.93 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 180.73.106.61 |
|||
Baris 1:
{{Infobox school
| name = English College
| native_name = (EC)
| image = [[Fail:ec_logo.jpg|thumb|200px|right]]
| motto = ''Labore Et Honore'' <br />
(<small>
| established = 21
| city = [[Johor Bahru]]
| state = [[Johor]]
| country = [[Malaysia]]
| type = [[Public school (government funded)|Public]], All-
| affiliations = [[Sekolah Kluster
| principal =
| students =
| grades = Form 1 - Form 5
| colours = {{colorbox|green}}{{colorbox|yellow}}Green and Yellow
| classrooms =.
| picture =[[Fail:Engish College.jpg|left|thumb|300px|Maktab Sultan Abu Bakar pada tahun 2006.]]▼
'''' 'Bahasa Inggeris College''''' (EC), also known as'' 'Maktab Sultan Abu Bakar''' (MSAB) is a secondary school in [[Johor Bahru]], [[Johor]] , [[Malaysia]].▼
▲''''
== Sejarah penubuhan ==
''English College'' ditubuhkan pada [[21 Mac]] [[1914]]. Pelajar pertamanya terdiri dari 21 pelajar terpilih dari [[Sekolah Bukit Zahrah]]. Lokasi pertama sekolah ini pada mulanya ditempatkan berdekatan dengan [[Istana Sungai Chat]] dan berhadapan dengan [[Pantai Lido]]. Bekas tapak sekolah ini masih boleh diperhatikan sehingga sekarang. Seramai 21 orang pelajar ditempatkan di EC dibawah tunjuk ajar dua orang guru yang dibawa khas dari [[England]], iaitu Mr. Morrison and Mr. Holman. 21 orang pelajar ini boleh dianggap sebagai pengasas atau permulaaan untuk EC berkembang menjadi institusi pendidikan Inggeris di Johor Bahru.
Sistem pendidikan yang dibawa oleh EC adalah berdasarkan kepada sukatan mata pelajaran yang diamalkan oleh pihak [[British]]. EC menjadi model dan medium kepada beberapa sekolah Inggeris selepas itu di sekitar [[Johor]]. Sekolah itu pada permulaannya membawa guru-guru import daripada [[Eropah]] dengan jumlah yang tidak ramai. Kemudian pentadbiran EC membawa masuk dan melatih guru-guru tempatan untuk mengajar beberapa subjek yang berkaitan dengan [[adat istiadat]] orang [[Melayu]].
Selepas tamat [[Perang Dunia Pertama]] pada tahun [[1918]], EC buat pertama kali mengadakan peperiksaan ''[[Junior Cambridge]]''. Selepas itu diikuti pula oleh peperiksaan ''[[Senior Cambridge]]''. Bagaimana pun disebabkan kurangnya galakan daripada pihak British dan beberapa masalah teknikal yang lain, EC gagal mencapai sasaran dalam kedua-dua peperiksaan tersebut di mana pelajar-pelajarnya mendapat markah yang amat rendah. Disebabkan masalah ini, sekolah ini ditutup buat sementara waktu pada tahun 1928. EC kemudiannyan dibuka semula kepada umum pada bulan Mei tahun yang sama, selepas beberapa tindakan susulan yang dibuat oleh pihak pentadbiran sekolah. Pada akhir tahun 1928, EC berjaya mencapai sasarannya apabila 143 pelajarnya terpilih dalam pengkhususan dalam mata pelajaran [[Matematik]], [[Sains]], dan [[Bahasa Inggeris]]. Pada 1928 juga, En. T. Drury yang telah menyertai Perkhidmatan Pendidikan Malaya semenjak daripada tahun 1921, dilantik sebagai Pengetua EC yang pertama.
Pada akhir tahun 1930, lokasi sekolah ini berpindah ke lokasi yang ada sekarang. Tapak sekolah yang asal hanya meninggalkan batu-batu blok dan sebuah tangga untuk pergi ke batu-batu blok tersebut, dan kesannya boleh dilihat sehingga sekarang. EC yang baru secara rasminya dibuka pada tahun awal tahun 1931. Selepas itu, EC dilihat sebagai sebuah sekolah yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang untuk beberapa tahun. Kebanyakan pelajar-pelajarnya selepas itu memberi banyak sumbangan kepada pembangunan negeri Johor dan usaha untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British. Salah dua daripada pelajarnya yang termasyhur ialah [[Hussein Onn|Tun Hussein Onn]], bekas [[Perdana Menteri Malaysia]], dan [[Musa Hitam|Tan Sri Musa Hitam]], bekas [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]].
Penjajahan [[Jepun]] dari tahun 1941 hingga ke 1945 melihatkan EC bertukar wajah dari sebuah sekolah menjadi markas tentera, kilang senjata, hospital tentera dan tempat penyeksaan dan pembunuhan tahanan-tahanan Jepun. Pada awal tahun 1946, sekolah ini dibuka semula selepas tamatnya [[penjajahan Jepun di Tanah Melayu]]. Perlantikan Mr. H. L. Hill, sebagai Guru Besar EC, membawa harapan kepada sekolah tersebut dan di bawah pimpinannya, EC berjaya kembali ke landasannya menjadi sebuah sekolah terkenal semula. Tahun 1949 menyaksikan kemasukan kumpulan pelajar perempuan yang pertama ke EC.
Pada tahun 1960, nama EC ditukar selepas tamatnya pemerintahan British di [[Tanah Melayu]] kepada '''Maktab Sultan Abu Bakar''' (MSAB) sempena mengambil nama Bapa Pembangunan Negeri Johor, iaitu [[Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim]] yang memodenisasikan pentadbiran kerajaan negeri Johor. MSAB Mengambil lebih banyak guru-guru tempatan untuk mengajar di sekolah tersebut. Pada tahun 1961, lencana dan pakaian seragam sekolah telah diperkenalkan pada kali pertama. Ini diikuti pula dengan lagu sekolah yang [[lirik]]nya ditulis oleh En. Yusof Bin Karto dan [[muzik]]nya dicipta oleh En. Lim Teck Siang.
Tiga [[dekad]] selepas itu memperlihatkan kawasan sekolah diperbesarkan. Dana sekolah yang dilancarkan pada tahun 1973 memperlihatkan pembinaan bangunan [[kompleks sukan]] dan [[perpustakaan]]. MSAB meraikan [[Jubli Intan]] pada tahun 1974 dan telah menjemput Tun [[Hussein Onn]] iaitu [[Perdana Menteri Malaysia]] yang ketiga yang juga bekas pelajar EC untuk merayakan Jubli Intan.
Pada tahun 1980-an dan 1990-an sekolah ini masih diperbesarkan dan menambah kemudahan-kemudahannya bagi kegunaan pelajar-pelajarnya sesuai dengan kehendak [[Kementerian Pelajaran Malaysia]] ketika itu unutk menambah kemudahan-kemudahan serta pengenalan [[Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah]] (KBSM).
Pada tahun 2001 blok kejuruteraan, dan auditorium mini siap dibina. Tahun 2005 MSAB mencatat pencapaian terbaik PMR bagi daerah Johor Bahru apabila tiga orang pelajar MSAB terpilih sebagai calon PMR Terbaik Peringkat Kebangsaan. Pengesahan oleh Kementerian Pelajaran, MSAB sebagai Sekolah Premier. Tahun 2007, Syarikat Excellent Crew MSAB meraih anugerah Syarikat Terbaik dan Perkhidmatan Terbaik dalam Konvensyen Usahawan Muda ke-11. PMR 2007 sekali lagi mencatat keputusan cemerlang apabila seorang pelajar MSAB terpilih sebagai pelajar PMR cemerlang negeri Johor. Pada 8 Julai 2008 bersamaan dengan 5 Rejab 1429 Hijrah, Tunku Mahkota Johor, DYMM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembinaan Dewan Serbaguna MSAB yang baru. Pada tahun ini juga MSAB telah meraih gelaran juara dalam Kejohanan Olahraga MSSD dengan menampilkan seorang pelajar MSAB sebagai Olahragawan Terbaik Lelaki Bawah 15 Tahun.
Seterusnya pada 5 Mei 2009 Maktab Sultan Abu Bakar secara rasminya telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah '[http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster/ Sekolah Kluster] Kecemerlangan'. MSAB telah dipilih berdasarkan kecemerlangan maktab dalam pelbagai aspek seperti kecemerlangan dalam pencapaian Sukan Paralimpik, kecemerlangan dalam pencapaian mata pelajaran Matematik dalam peperiksaan PMR dan SPM serta bagi memberi pengiktirafan kepada program-program yang telah dianjurkan oleh MSAB umpamanya mewujudkan Muzium Tun Hussein Onn dan Galeri Seni Visual MSAB.
== Pautan luar ==
|