Maybach 1 dan 2: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16:
== Era Perang Dingin ==
 
Dua bunker Maybach ini sebahagian besarnya telah dimusnahkan oleh [[Tentera Merah]] pada penghujung tahun 1946, mengikut ketetapan perjanjian empat kuasa yang menduduki Jerman dan satu arahan [[Majlis Kawalan Kuasa Bersekutu]], sungguhpun terdapat beberapa bangunan yang terselamat,termasuk kubu komunikasi ''Zeppelin'' yang hampir sepenuhnya tidak rosak. Bunker ''Zeppelin'' membentuk sebahagian daripada pengkalan era [[Perang Dingin]] Soviet di Wünsdorf dengan nama ''Ranet''. PemasanganKelengkapan kubu kemudiannya ditambah lagi untuk menempatkan pusat kawalan dan komunikasi yang digunakan oleh tentera darat Soviet di Jerman Timur. Tapak bunker ini telah dinyahtentera selepas penutupan pengkalan tentera pada tahun 1994, apabila askar terakhir Rusia meninggalkan Jerman.
 
== Tinggalan hari ini dan pameran ==
 
Runtuhan pintu masuk bunker atas tanah kekal didalam kawasan pengkalan tentera bekas Soviet di Wünsdorf-Waldstadt. Beberapa bahagian kompleks bawah tanah Maybach 1 masih boleh dimasuki melalui runtuhan pintu masuk bangunan, bersama dengan bunker jiran komunikasi ''Zeppelin''. Kawasan ini dan kubu bawah tanah masih boleh dimasuki melalui pemandu pelancong dan sebuah muzium di Dewan Perbandaran Wünsdorf yang mempamerkan buku mengenai sejarah ketenteraan bandar itu dan kompleks bunker.