SS: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Zayn al aziz (bincang | sumb.)
Baris 54:
Mengikut [[Perbicaraan Nuremberg]], seperti kebanyakkan siasatan jenayah perang dan perbicaraan yang dijalankan, ''SS'' telah dipertanggungjawabkan keatas majoriti besar jenayah perang Nazi. Terutamanya, dalam melaksanakan [[Holocaust]] (kemusnahan ras). Sebagai sebahagian dari fungsi pemusatan bangsanya, SS menyelia pengasingan dan perpindahan bangsa [[Yahudi]] daripada populasi jajahan takluk, merampas aset-aset mereka dan mengangkut mereka ke [[kem tahanan]] dan [[ghetto]] (setinggan) yang mana mereka boleh digunakan sebagai buruh paksa (sementara menunggu penghapusan) atau terus dibunuh.
 
Bermula dengan cawangan kecil ''[[Sturmabteilung]]'' (Pasukan Penggempur atau "Pasukan Berseragam Coklat",disingkatkan sebagai '''SA'''), SS meningkat dari segi saiz dan kuasa kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bagi terhadap Adolf Hitler, berbanding dengan ''SA'',yang dilihat separa bebas dan satu ancaman kepada hegemoni Hitler keatas parti. Dibawah Himmler, SS memilih ahli-ahlinya mengikut ideologi Nazi. Menubuhkan polis elit dan unit-unit tentera seperti [[Waffen-SS]], Hitler menggunakan SS bagi membentuk satu barisangolongan manusia yang didakwa lebih hebat dalam ketulenan bangsa dan keupayaankebolehan terhadap rakyat Jerman dan rupa bangsa yang lain, menjadi model untuk wawasan [[ketuanan bangsa]] Nazi. Semasa Perang Dunia II, unit-unit SS beroperasi disamping tentera darat tetap Jerman ([[Heer]]). Bagaimanapun,menjelang peringkat akhir peperangan, SS cuba menguasai Wehrmacht dalam usaha untuk menghapuskan ancaman-ancaman terhadap kuasa Hitler semasa melaksanakan strategi perang yang dilihat semakin menuju kegagalan.